Semasa

Wujud konspirasi jatuhkan PN, Muhyiddin luah rasa kesal

Wujud konspirasi untuk menggoyangkan tampuk kepimpian Perikatan Nasional (PN), bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin luah adanya kebarangkalian kerajaan dipimpin beliau mendapat tentangan banyak hebat.

Menurut beliau lagi, kerajaan PN yang dipimpinnya sepanjang 17 bulan menunjukkan prestasi yang baik dan tidak wajar dianggap gagal.

Bukan itu sahaja, menurut Ahli Parlimen Pagoh itu dia percaya wujudnya pihak yang cuba untuk mempertikaikan kedudukan yang sah kerajaannya dahulu.

“Saya rasa seperti seolah-olah ada konspirasi, seolah-olah lah, pasal saya juga seorang (ahli) politik menilai, sewajarnya tidak begitu”

Auto Draft

Menurut beliau lagi pemerhatian itu menyebabkan dia percaya ada pihak cuba menjatuhkannya dengan tujuan-tujuan yang tertentu.

“Jadi, petanda-petanda yang saya fikir dilakukan pihak atau kumpulan tertentu untuk tujuan tertentu”

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut lagi bagi mengelakkan kenyataannya membuatkan dia bakal di heret ke muka pengadilan.

Kenyataan tersebut diberikan beliau selepas disoal mengenai adakah usahanya melawan Covid-19 di negara ini dikhianati.

Selesai pertemuan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Yang di-Pertuan Agong semalam, ketua parti pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula bakal menghadap Seri Paduka Baginda pada petang ini.

Sumber Hasimi Muhammad/Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published.