Semasa

Yasin imam solat di penjara, ajar banduan lain mengaji – Abang

Abang kepada Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman memaklumkan bahawa penyanyi itu dalam keadaan baik setelah ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja.

Menurut laporan Harian Metro, dia dan ahli keluarga lain bergilir-gilir bagi melawat penyanyi berusia 46 tahun itu di penjara yang tidak lupa melakukan amal ibadah.

Yasin imam solat di penjara, ajar banduan lain mengaji – Abang

Malah Zain berkata, dia juga akan membantu dua anak Yasin untuk melawat bapa mereka yang akan diuruskan dalam masa terdekat.

Selain itu, Zain berkata dia sekeluarga telah mendapatkan khidmat pasukan guaman selain turut melancarkan Tabung Bantuan Yasin Sulaiman agar dapat menampung kos guaman.

“Tujuan utama kami lancarkan tabung ini adalah untuk tampung kos guaman. Kos agak tinggi sebab membabitkan tuduhan yang berat.

“Alhamdulillah, sambutan sangat baik terutama dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan. Mungkin selepas ini akan lebih banyak. Terima kasih atas sokongan diberikan terhadap Yasin,” ujarnya lagi.

Terdahulu, penyanyi lagu Mimpi Laila itu ditahan polis selepas disyaki memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Yasin imam solat di penjara, ajar banduan lain mengaji – Abang

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.