OH VIRAL

Rentas Negeri Aidilfitri, Akhirnya KKM Beri Jawapan yg Dinantikan oleh Seluruh Rakyat Malaysia

Sebelum ini, Orang ramai yang mahu pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri tahun ini, dinasihat supaya lebih berhati-hati.

Kerajaan sudah pun beri kelonggaran untuk beberapa aktiviti seperti bazar Ramadan, solat terawih dan aktiviti masjid.

Dan setiap keputusan yang dibuat itu adalah berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM)

“Seperti yang kita tahu, rentas negeri adalah satu daripada faktor penyumbang kepada kluster kes-kes baharu positif COVD dan sebanyak 32 kluster ‘balik kampung’ dan rentas negeri direkodkan.

“Contoh di Sarawak, dulu sebuah negeri hijau dan terbaik di negara ini daripada segi kawalan namun akibat aktiviti balik kampung.

Sebuah rumah panjang menjadi kluster dan sekarang Sarawak banyak zon merah dan jingga,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, satu lagi contoh klasik adalah keadaan COVD di Kelantan apabila kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri pada Disember lalu, rakyatnya yang tinggal di Lembah Klang ramai pulang ke kampung.

“Akibatnya lebih 65 peratus daerah di negeri itu bertukar menjadi zon merah.

Dan kes terus meningkat sehingga status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan di negeri itu ditukar kepada PKP kerana kes ‘balik kampung’.

“Oleh demikian, KKM merasakan kawalan rentas negeri ini perlu dilakukan dengan cara yang lebih tegas,” katanya.

KKM Cadang Balik Raya Ditangguh

Nampaknya impian rakyat Malaysia untuk pulang berhari raya di kampung pada tahun ini semakin samar.

Menerusi Sinar Harian, merujuk kepada kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Adham Baba, beliau memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan kepada kerajaan supaya aktiviti merentas negeri ditangguhkan pada Aidilfitri nanti.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Adham Baba pada Khamis 15 April 2021.

Sebelum ini, melihat daripada pola perkembangan jangkitan pandemik dalam negara, memang terdapat pertambahan kembali kes positif.

Ia susulan beberapa buah kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula dan beberapa negeri di Malaysia masih dikenakan PKPB.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Sinar Harian 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *