OH VIRAL

Lelaki Didenda 50 Ribu Kerana Berniaga Berger Depan Rumah, Tapi Alasan Diberikan Sgt Mengejutkan

Hari ini tular apabila seorang pengguna fb memuat naik gambar perniagaan kecil-kecilan menjual berger telah disaman.

Lelaki diserbu oleh pihak berkuasa tempatan, viral di media sosial telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Difahamkan, peniaga terbabit disaman oleh pihak berkuasa tempatan kerana terdapat aduan.

Sementara itu di media sosial pula, netizen tanpa sebarang usul periksa terus menuduh pihak berkuasa tempatan bersikap berat sebelah terhadap peniaga Melayu.

Alasan Didenda Sehingga RM50,000 Sangat Mengejutkan

“Meniaga depan rumah sendiri, cepat saja kena saman. Belum sejuk lauk dah kena serbu.

Kalau yang lain-lain tu, lambat saja serbu. Siap buat tak nampak lagi. Kenapa? Depa tak bagi duit kopi ke?” kata Aron Salem

Namun, orang ramai perlu faham bahawa anggota penguatkuasa hanya menjalankan tugas.

“Jika ada aduan/laporan, anggota PBT akan turun padang dan ambil tindakan. Itu pun kena hentam.

Kalau tak turun padang, pun kena hentam,” kata Encik Na.

Menurut Siti Rohani pula, dia pernah disaman oleh PBT beberapa kali.

Namun, apabila dia cuba memohon lesen perniagaan, pihak PBT pula mengatakan sebarang permohonan lesen perniagaan dibekukan.

“Dah kena saman berkali-kali. Bila kita mohon lesen, dia (PBT) kata dibekukan.

Jadi, siapa yang menyusahkan siapa sebenarnya?” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *