OH VIRAL

Video: Selit Duit pun Tak ‘Jalan’, Laki Kantoi ‘Curang’ Gigih Pujuk lstri dlm Bilik

Dalam menjalani kehidupan rumah tangga, sudah menjadi tanggungjawab suami untuk memujuk sekiranya isteri yang merajuk.

Kalau bukan pasangan sendiri, siapa lagi?

Itu tindakan dilakukan seorang lelaki ini yang terkantoi ‘curang’.

Ini apabila mesej yang sepatutnya dihantar kepada ‘skandal’, diterima oleh si isteri sehingga wanita berkenaan merajuk.

Menerusi platform TikTok, @eskriemkonetto memuat naik sebuah video memaparkan pelbagai aksinya.

Dia sedaya upaya cuba untuk memujuk isteri yang terperap di dalam bilik tanpa sebarang kata.

Rakaman video berdurasi 11 saat itu memaparkan lelaki tersebut mencuba pelbagai cara di luar pintu bilik.

Ini demi mengambil hati orang tersayang sekali gus boleh berbincang bagi menyelesaikan masalah.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Antara tindakan @eskriemkonetto ialah menyelitkan sejumlah wang di bawah pintu.

Tetapi mendapat respon yang kurang menyenangkan daripada si isteri.

Selain meraih hampir 888,000 tontonan, video tersebut juga menerima 50,000 tanda suka serta ratusan komen netizen mengenai tindakan lelaki berkenaan.

Walaupun sekadar ‘content’ semata-mata, netizen memberi pendapat bahawa isu kecurangan bukan bahan ‘mainan’.

Sebaliknya turut menasihati lelaki itu soal perkahwinan.

Kalau betul-betul berlaku terhadap para isteri, rasanya bukan tahap merajuk dah!

Terus ‘berlari’ cari tempat untuk mengadu, tak sanggup hati dipermainkan sebegini.

Sumber: TikTok @eskriemkonetto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *