Semasa

‘Terjah’ keluarga yang viral di Suria FM, Ahli Parlimen ‘Kuale’ bertubi2 dikecam netizen

Tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yazid memuat naik video di laman Twitter memaparkan penjelasan daripada sebuah keluarga berhubung dakwaaan tidak mendapat bantuan telah mengundang kecaman warganet.

Menerusi posting tersebut, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta orang ramai mendengar penjelasan daripada Kak Wati, dimana kisah kesusahannya diluahkan oleh seorang pemanggil stesen radio Suria FM minggu lalu.

Pejabat Parlimen Kuala Kangsar sedia membantu!

 

“Berhubung dengan temuramah di Suria FM yang tular baru-baru ini, Pejabat Parlimen Kuala Kangsar menyertakan temubual bersama keluarga Kak Wati.
“Semoga penjelasan Kak Wati menjawab segala persoalan. Pejabat Parlimen Kuale sentiasa sedia membantu,” tulis ibu mentua kepada pelakon Mira Filzah itu.

Sebelum ini, tular video temubual pemanggil bernama Abang Din yang menceritakan kesusahan sebuah keluarga di Kuala Kangsar akibat terputus bekalan makanan.

Abang Din yang juga penggerak sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa, dia melihat anak-anak keluarga tersebut sudah terbaring kelaparan ketika melakukan misi bantuan.

Temubual Abang Din