M4L4NG tidak berbau, niat pelawak Achey mencari buah durian di dusun bertukar tragedi apabila terjatuh daripada motosikalnya pada Ahad.
Achey atau nama sebenarya Mohd Nasir Hamzah, berkata dia dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Batu Pahat dan disahkan mengalami p4tah tangan kiri.
“Sebenarnya saya pergi ambil durian pagi tadi dan entah macam mana terjatuh motor dari tebing dan saya tahan pakai tangan.
“Masa nak bangun tu rasa tangan kiri s4kit. Saya tengok keadaan tangan dah bengkok, eh… saya syak p4tah ni.
Perkongsian isteri Achey, Nor Hasanah Yahaya di Instagram miliknya.
“Doktor kata tangan saya akan kena operation. Tengoklah macam mana sebab sekarang kena puasa dan masukkan ubat” ujarnya kepada <=>mStar.
Niat nak tengok durian sebab minggu depan nak berniaga dekat belah-belah Segamat
ACHEY BOCHEY
PELAWAK
Penyanyi lagu Sakit ini berharap keadaan kesihatannya akan kembali pulih secepat mungkin.
Sementara itu, bercerita lanjut tentang perkara itu, Achey berkata, niatnya ke dusun untuk mencari durian bagi tujuan berniaga pada minggu hadapan.
Keadaan Achey semasa dimasukkan ke Hospital
Bagaimanapun, ahli kumpulan Bochey ini berkata, kerja itu akan diambil alih oleh rakan kongsinya.
“Niat nak tengok durian sebab minggu depan nak berniaga dekat belah-belah Segamat. Keadaan dah jadi macam ni jadi member akan ambil alih teruskan kerja-kerja ni,” ujarnya.
Sumber : mStar via BartaSangbad.Site