BAK kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya yang membawa maksud hendak mendidik anak biarlah dari usia muda.
Pepatah itu sangat sesuai menggambarkan video seorang kanak-kanak berusia setahun yang seronok menolong ibunya memasak di dapur.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Noor Hafiziliana Ramli, 31, anaknya yang masih kecil itu ligat beraksi di dapur.
Video tersebut mendapat hampir 500,000 tontonan di aplikasi TikTok.
Menurut Hafiziliana, anak lelakinya iaitu Muhammad Ziyyad Amsyar Jasri yang baru berusia hampir dua tahun mula menunjukkan minat mahu membantu menguruskan rumah sebaik sahaja dia pandai berjalan.
“Amsyar mula berjalan waktu umur sembilan bulan dan sejak itulah dia suka minta penyapu bila tengok saya menyapu di rumah.
“Amsyar memang ringan tulang, dia akan kemas mainannya sendiri selepas selesai bermain.
Sejak pandai berjalan ketika berusia sembilan bulan, Amsyar selalu menunjuk minat untuk membantu ibunya lakukan kerja rumah.“Kali pertama Amsyar bantu saya di dapur adalah sewaktu dia setahun enam bulan, ketika itu dia tolong petik daun bayam,” ujarnya yang merupakan seorang suri rumah.
Hafiziliana memberitahu pada mulanya Amsyar hanya menolong mengambil bahan masakan sahaja, tetapi tiba-tiba mahu memasak pula.
Akur dengan permintaan anaknya, Hafiziliana memberi peluang kepada Amsyar untuk beraksi di dapur.
“Sebelum ini Amsyar hanya tolong ambil bawang, halia, sayur dan mengacau telur, tiba-tiba dia nak memasak pula.
“Jadi saya pun bagi Amsyar peluang memandangkan dia bukan jenis yang suka buat sepah dan buang barang.
Hafiziliana telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya selama tiga tahu dan dikurniakan seorang cahaya mata pada tahun 2019</”Saya akan guide</ Amsyar untuk mencuci bahan masakan dan memasukkannya ke dalam kuali dengan cemat.
“Bila makanan tu dah siap masak, Amsyar akan claim itu masakannya dan akan lebih berselera bila waktu makan,” katanya yang berkahwin dengan suaminya, Jasri Husain pada tahun 2018.
Seperti para ibu diluar sana, Hafiziliana akan memastikan persekitaran anaknya selamat dan hanya menghidupkan dapur gas selepas Amsyar selesai ‘memasak’ di dapur.
Bukan semua ilmu akan diberitahu di sekolah, jadi inilah peluang kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak.
NOOR HAFIZILIANA RAMLI
Walaupun usia Amsyar masih lagi kecil, ibunya menganggap aktiviti ini bagus untuk membina kemahiran dan keyakinannya dan dalam masa yang sama belajar perkara baharu.
“Aktiviti sebegini baik untuk membina kemahiran dan keyakinan anak-anak kerana bagi saya, pembelajaran itu bermula dari rumah.
“Bukan semua ilmu akan diberitahu di sekolah, jadi inilah peluang kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak.
“Ia juga membantu ibu bapa untuk mengisi masa lapang anak-anak memandangkan mereka dibesarkan dalam keadaan negara sedang dilanda pandemik,” ujarnya.
973400 964765thank you dearly author , I discovered oneself this web web site quite beneficial and its full of superb healthy selective details ! , I as effectively thank you for the wonderful food program post. 143489
774161 938497Really instructive and superb structure of articles, now thats user friendly (:. 308478
236193 66433Right after study some of the weblog articles for your web site now, and that i really like your method of blogging. I bookmarked it to my bookmark site list and are checking back soon. Pls consider my internet site too and inform me what you consider. 461396