Azhar, 22, adalah tonggak pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City) yang dipinjamkan selama semusim kepada skuad The Bos Gaurus itu pada awal musim ini.
Jelasnya, Dhabitah sememangnya adalah kekasihnya namun mereka sudah lama berp1sah dan memohon agar semua pihak tidak mengaitkan namanya lagi bersama atlet negara itu.
“Awak-awak (peminat) semua saya dah lame tak ade kena mengena dengan si dia (Dhabitah), ‘so pless’ laa hormat saya dengan si dia okay.
“Harap korang semua faham okay. Love u guys,” katanya di laman story Instagram miliknya dengan tanda pagar #janganupbaranglame, #sembilu, #442 dan #cucuklagihasan.
Sebelum ini, tular di laman sosial temuramah Dhabitah dengan stesen radio tempatan yang menyaksikan penerjun berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur itu mengakui sudah berpunya.
Lantas, peminat mula mengaitkan kekasih Dhabitah dengan seorang pemain bola sepak profesional dan spekulasi itu dikuatkan pula dengan gambar sambutan hari jadi bersama kekasihnya iaitu Azhar.
Pada Ahad lalu, hasrat Dhabitah untuk membawa pulang pingat pada temasya Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila menduduki tangga keempat pada pertandingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita.
Ini adalah penampilan keduanya di pentas Olimpik selepas menghuni tangga kelima acara 3m papan anjal seirama pada temasya di Rio 2016 selain tangga kesembilan dalam acara 10m platform.
Sumber : HM
Terdahulu, Punah Harapa Peminat Lelaki, Hati Nur Dhabitah Sudah Ditambat.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyaksikan beberapa atlet negara mencuri tumpuan warganet dengan personaliti yang dimiliki, tidak kira sama ada sebelum atau selepas bertanding di temasya tersebut.
Selain ketampanan perenang berwajah ‘oppa’ Welson Sim, nama penerjun negara Nur Dhabitah Sabri juga meledak di media sosial kerana tidak lekang memberikan senyuman kepada para penonton.
Memetik laporan Harian Metro, bagaimanapun segelintir lelaki pasti kecewa apabila mengetahui bahawa atlet berusia 22 tahun itu dikatakan sudah mempunyai kekasih hati.
Pengakuan itu dikongsi menerusi temuramah dengan sebuah stesen radio baru-baru ini, apabila menjawab pertanyaan sama ada senyuman berkenaan sudah ‘dijaga’ oleh seseorang.
“OKlah saya cakap terus terang, single but not available (bujang tapi sudah berpunya),” kata atlet berasal dari Kuala Lumpur itu walaupun teragak-agak untuk menjawab.
Memetik laporan Nona tahun lalu, Dhabitah atau mesra dipanggil Bita ada berkongsi foto di laman Instagram ketika sambutan hari lahirnya di samping teman lelaki yang juga pemain bola sepak Kuala Lumpur City FC iaitu Azhar Apandi.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika mereka masih menjalin hubungan cinta atau sebaliknya kerana tiada gambar bersama di Instagram masing-masing.
Terdahulu, Dhabitah menamatkan kempen Sukan Olimpik dalam pusingan akhir acara 3 m papan anjal individu apabila berjaya menduduki tempat keempat daripada 12 peserta yang lain.
Sumber: Harian Metro (Hamdan Saaid) , Nona
288862 357031Oh my goodness! an remarkable write-up dude. A lot of thanks Even so My business is experiencing trouble with ur rss . Do not know why Struggle to sign up to it. Can there be everybody acquiring identical rss dilemma? Anyone who knows kindly respond. Thnkx 297498