Ketika waktu sukar ini, sememangnya ramai yang harus dibantu kerana tak semua bernasib baik masih mempunyai pekerjaan.
Ada juga yang terpaksa melakukan pekerjaan yang tak setimpal dengan tenaga dikeluarkan hanya kerana mahu mendapatkan sedikit wang untuk membeli makanan.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di laman Twitternya @aisyahsyahid.
Dia telah memuat naik video seorang warga emas wanita yang masih bekerja mencuci rumah dengan bayaran yang tidak berbalaoi.
“Cuci rumah seharian, upah cuma RM10.
Beberapa hari lepas, waktu agihan bantuan dijalankan, team sukarelawan kami ternampak aunty ni dalam perjalanan pergi kerja.
Kami maklumkan pada aunty yg kami nak bagi barang keperluan sikit, tapi kotaknya berat. Aunty pun ajak kami masuk.”
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Menurutnya, wanita tersebut telah dibayar RM10 sahaja walaupun telah membersihkan rumah sehari suntuk.
Lebih mengejutkan, bukan hanya satu rumah, tetapi dua rumah yang perlu dibersihkan.
Menurut @aisyahsyahid, pihak mereka telah bertemu dengan wanita itu kerana ingin memberi sedikit barang keperluan kepadanya.
“Sempat lah kami berborak sekejap dengan aunty sementara angkat kotak nak bagi.
Kami ingatkan satu rumah yang aunty tu bersihkan untuk dapat upah RM10, rupanya 2 rumah.
Allah sedihnya.”
Lebih menyedihkan., dia sempat menunjukan bekal makanan yang dibawa bagi mengalas perut semasa bekerja. Hanya nasi kanji dan garam tanpa ada sebarang lauk di dalam bekas makanannya itu.
“Nasi kanji + garam je buat perasa.
Telur pun takde.
Jangan kata ayam, daging atau ikan”
Tambah @aisyahsyahid lagi, wanita tersebut sangat ramah dan fasih berbahasa Melayu.
Dia mencari rezeki diusia senja ini bukan untuk menjadi kaya, tetapi untuk menyuap makanan ke mulutnya sahaja.
Satu rumah patut RM250!
Perkongsian berkenaan sangat menyentuh hati dan ramai yang telah meninggalkan komen diruangan Twitter @aisyahshahid.
Rata-rata mereka berasa geram apabila mengetahui ada yang mengambil kesempatan terhadap warga emas itu disamping ada yang ingin memberikan bantuan kepadanya.
Agak2 la RM10 untuk dua rumah
Ni upah kalau buang sampah je
Jahatnya yang bagi upah macam tu
Tak boleh tau tengok orang tua kena kerja lagi
Walau bagaimanapun, warga emas tersebut sudah diberikan bantuan oleh pihak NGO .
Oleh itu pihak NGO sangat berharap agar lebih ramai dapat menyumbang kepada mereka ataupun sesiapa yang dalam kesusahan ketika ini.
Sumber: OMM, Twitter @aisyahshahid