Semasa

Bukan Syatilla atau Sari Yanti, Shuib pilih sepupu jadi ibu susuan Ayash Affan

Pencarian ibu susuan buat putera bongsu Shuib, Ayash Affan akhirnya menemui jawapannya.

Daripada Syatilla Melvin, hinggalah ke Sari Yanti, beberapa artis turut menjadi sebutan sebagai ibu susuan buat kelahiran baru itu.

Pelawak itu akhirnya memilih ahli keluarga sendiri iaitu sepupunya yang baru saja menyambut kelahiran cahaya matanya 6 bulan lalu.

Keputusan yang dibuatnya itu tidak membelakangi mana-mana pihak kerana perbincangan bersama ahli keluarga sudah dibuat terlebih dahulu.

Bukan Syatilla atau Sari Yanti, Shuib pilih sepupu jadi ibu susuan Ayash Affan

Shuib memilih ahli keluarganya kerana bimbang sekiranya berlaku permasalahan di masa hadapan.

Takut juga masa depan nanti kita tak tahu apa nak jadi. Takut terkahwin pula, jadi masalah nanti. Jadi, saya ambil dalam kalangan keluarga.

Menurut Shuib, selain Syatilla ramai lagi rakan artis menawarkan bantuan untuk mendapatkan susu buat Ayash Affan.

Tambah bekas ahli kumpulan Sepahtu itu, terdapat juga individu yang tidak dikenalinya turut menawarkan untuk membantu kelahiran barunya.

Menerusi rakaman yang Melodi itu, Shuib sempat mengucapkan terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan kekuatan dirinya selain mendoakan ganjaran buat individu yang tidak putus membantunya sejak awal lagi.

Sumber: Youtube TV3Malaysia Official

3 thoughts on “Bukan Syatilla atau Sari Yanti, Shuib pilih sepupu jadi ibu susuan Ayash Affan”

  1. 857053 972158Aw, i thought this was an really excellent post. In thought I would like to invest writing in this way moreover – taking time and actual effort to manufacture a really excellent article but exactly what do I say I procrastinate alot and no means apparently go completed. 574596

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *