Semasa

Lelaki Tuduh Tiada Azan Di P.Pinang , Rupanya Tak Prnah Solat Jemaah

Isu politik seringkali menjadi topik bualan harian netizen memandangkan sekarang ini berlakunya perubahan pentadbiran di negara kita. Hal ini membuatkan pelbagai isu disentuh termasuklah berkaitan agama rasmi negara.

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi paparan screenshot yang menunjukkan perdebatan yang berlaku di antara netizen mengenai isu laungan azan.

Lelaki Tuduh Tiada Azan Di Pulau Pinang, Rupanya Tak Pernah Solat Jemaah

“Tengok apa jadi di Penang bro? Azan tak boleh, melayu kena tekan. Buka mata sikit bro”

Kenyataan seorang lelaki di atas telah dibalas oleh seorang wanita yang menjelaskan bahawa rumah neneknya terletak bersebelahan Masjid Jalan Kelawai, Pulau Pinang.

Menurutnya azan di sana tidak berhenti berkumandang setiap kali masuk waktu solat sehinggakan percakapan di dalam rumah tidak boleh didengari berikutan speaker yang terlalu kuat.

Wanita yang dikenali sebagai Shahidah itu juga menyatakan sudah pasti terjaga pada awal pagi kerana terkejut mendengar azan Subuh. Selain itu, Shahidah turut mempersoalkan di mana kawasan dalam Pulau Pinang yang tiada laungan azan.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyokong kenyataan yang telah ditulis oleh Shahidah. Malahan azan subuh dilaungkan sebanyak dua kali di Pulau Pinang.

Lelaki Tuduh Tiada Azan Di Pulau Pinang, Rupanya Tak Pernah Solat Jemaah

Lelaki Tuduh Tiada Azan Di Pulau Pinang, Rupanya Tak Pernah Solat Jemaah

Perdebatan itu bermula dengan perkongsian seorang gadis yang dihina kerana telah berkongsi sebuah video yang mengajak orang ramai menyertai parti Keadilan di Facebook.

Namun yang membuatkan gadis itu kecewa dan sedih adalah kerana banyak makian dan kata-kata kesat dilontarkan di ruangan komen itu datang dari mulut orang Melayu Islam.

Terdapat beberapa orang netizen berasa geram dan kesal dengan kata-kata kesat dan lucah itu yang langsung tidak mencerminkan imej sebagai umat Islam.

Lelaki Tuduh Tiada Azan Di Pulau Pinang, Rupanya Tak Pernah Solat Jemaah

Sumber: Twitter @nananasir___

4 thoughts on “Lelaki Tuduh Tiada Azan Di P.Pinang , Rupanya Tak Prnah Solat Jemaah”

  1. 716763 394974Hello. Great job. I did not expect this. This is a fantastic story. Thanks! You made certain fine points there. I did a search on the subject matter and located the majority of folks will have exactly the same opinion together with your blog. 831528

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *