Semasa

Tisu Yang Digunakan Messi Untuk Lap Hingus Dan Air Mata Dijual Pada Harga RM4.2 Juta

Tisu yang digunakan oleh pemain bola sepak Lionel Messi untuk mengelap air mata semasa sidang media perpisahannya dengan Barcelona kini dijual di laman web atas talian pada harga USD$ 1 juta atau sekitar RM4.2 juta.

“Tisu yang digunakan Messi untuk menghapus air mata pada sidang media perpisahannya dengan Barcelona dijual dengan harga $ 1 juta. Adakah anda mahu membelinya?” tulisnya.

Dilaporkan oleh Gulf Today, difahamkan bahawa seseorang telah mengambil tisu yang digunakan Messi pada sidang media terdahulu. Dia kemudiannya memuat naik gambar tisu tersebut di laman jual beli dalam talian dan menjualnya dengan harga RM4.2 juta.

Penjual itu turut mendakwa bahawa tisu tersebut mengandungi DNA Messi, yang membolehkan seseorang menggunakannya untuk menjadi hebat seperti Messi.

Terdahulu, Messi tidak dapat menyembunyikan kesedihannya ketika mengadakan sidang media setelah terpaksa meninggalkan Barcelona. Pada majlis itu, momen romantis ditunjukkan oleh isterinya, Antonela Roccuzzo apabila menghulurkan tisu kepada Messi ketika dia mahu mengalirkan air mata.

Lionel Messi kini secara rasmi telah meninggalkan Barcelona dan memulakan karier barunya di Paris. Pada majlis perpisahan tersebut, turut hadir memberi semangat adalah rakan sepasukan Messi di Barcelona.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih

2 thoughts on “Tisu Yang Digunakan Messi Untuk Lap Hingus Dan Air Mata Dijual Pada Harga RM4.2 Juta”

  1. 688380 225841Take a peek at the following guidelines what follows discover perfect strategy to follow such a mainly because you structure your small business this afternoon. earn cash 583429

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *