Bagi pasangan yang telah mendirikan rumah tangga, sudah menjadi kebiasaan apabila isteri mahukan perhatian dan belaian kasih sayang daripada suami.
Pantang ada waktu ‘free’, mesti luangkan masa bersama dengan sebaiknya!
Namun, agak berbeza dengan situasi seorang wanita ini apabila menyatakan hasrat mahu suaminya melakukan perkara ini walaupun lelaki tersebut sedang khusyuk mengaji al-Quran.
Menerusi sebuah video di akaun TikTok @habibiedanayitanpanun, wanita tersebut sengaja melakukan ‘prank’.
Ini kerana ingin melihat reaksi suaminya dimana seolah-olah mahu menguji tahap cinta mereka.
Kalau romantik pun janganlah over sangat
Ala..Apa slahnya pun. Halal kan
Yang jeles tu mesti forever alone kan
Tak salah, tapi untuk apa tunjuk kat dunia
Kamera disorok si isteri telah merakam aksi suaminya yang sedang menunaikan solat
Kemudian duduk di atas sejadah dan mula membaca surah pilihan dengan fokus.
Tidak lama selepas itu, wanita berkenaan mendekati suaminya sebelum lelaki tersebut bertindak memeluk erat isterinya dan sambil meneruskan bacaan al-Quran.
“Suami rajin mengaji, kadang-kadang suka betulkan bacaan kalau ada yang salah,” tulisnya.
Rakaman video itu mendapat 2.6 juta tontonan dan hampir 9,000 reaksi warganet.
Dimana rata-rata mempersoalkan sekiranya melibatkan sentuhan antara suami isteri yang boleh membatalkan wuduk.
Bagaimanapun, ada juga segelintir individu menegur pasangan tersebut supaya jangan terlalu mempamerkan kemesraan kepada khalayak umum, bimbang sifat malu akan hilang dalam diri.
Sumber: TikTok @habibiedanayitanpanun
207995 792758Spot lets start work on this write-up, I in fact believe this incredible internet site requirements additional consideration. Ill much more likely be once once more you just read additional, thank you that data. 610889
624251 835662I believe this internet internet site has some rattling wonderful information for everybody : D. 77514