AKUI wang simpanan semakin berkurangan ak1bat tidak dapat bekerja ketika negara masih dalam fasa Pelan Pemulihan Negara, pelakon Azlee Senario mengambil inisiatif menjana pendapatan dengan berniaga buah-buahan.
Ujar Azlee atau nama penuhnya Mohd Azlee Jaafar, 54, dia membu4ng perasaan m4lu dan menjalankan perniagaan ini demi meny4ra keluarga.
“Semua artis pendapatnya adalah shooting, buat persembahan atas pentas tapi tak boleh… apabila tak boleh kita jangan m4lu, kita kena positif untuk menambahkan pendapatan demi s4ra hidup keluarga.
“Saya mengambil pendekatan untuk berniaga buah-buahan, Alhamdulillah sambutan sungguh menggalakkan. Syukur kepada Allah, Allah sayang kita dan inilah hasilnya kita dapatlah meny4ra keluarga,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Azlee tidak menyangka personaliti d4kwah iaitu Ebit Lew datang ke gerai buahnya bagi memberi sokongan.
“Masa Ebit Lew datang saya memang teruja dan terkejut, kita semua tahu dia seorang pend4kwah yang hebat.
“Saya rasa bersyukur sangat, dia banyak beri motivasi dan turut membeli buah untuk support… dengan kata-kata semangat daripada dia, saya akan terus berjuang dalam perniagaan sempena dengan PKP ini,” katanya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar