Semasa

Kejadian pelik burung asyik kerumun pusara bapa terjawab! Penjaga kubur dedah satu rahsia yang ahli keluarga arwah tak pernah tahu

SEORANG anak digemparkan dengan sekumpulan burung merpati yang berada di sekitar kubur bapanya setiap hari.

Siapa sangka semasa hayat, arwah bapanya sering memberi makanan kepada burung-burung setiap kali menjejakkan kaki ke tanah perkuburan.

Siti Farzana Syaiffulhisham berkata, bapanya Syaiffulhisham Abdillah yang menghidap kanser usus besar (kolon) meninggal dunia pada usia 54 tahun, 2 Syawal lalu.

Gadis berusia 22 tahun itu memberitahu, bapanya dulu sering ke Tanah Perkuburan Islam Semariang di Kuching, Sarawak untuk melawat pusara datuknya (bapa arwah).

“Ayah cukup rapat dengan atuk. Hampir setiap Jumaat, ayah tak pernah miss ziarah kubur atuk. Biasanya kami akan temankan ayah.

“Setiap kali datang ke kubur juga, ayah akan bawa ambuk ayam iaitu sejenis makanan untuk diberikan kepada burung-burung di sekitar kubur,” katanya kepada mStar, sambil menambah datuknya meninggal dunia pada usia 78 tahun kerana penyakit paru-paru berlubang.

Kejadian pelik burung asyik kerumun pusara bapa terjawab! Penjaga kubur dedah satu rahsia yang ahli keluarga arwah tak pernah tahu

Sekumpulan burung di sekitar kubur bapa Zanna.

Lebih mesra disapa Zanna, katanya, banyak burung merpati berterbangan di kawasan sekitar, namun jumlahnya bertambah selepas bapanya meninggal dunia.

“Saya hairan kenapa semakin banyak burung selepas ayah meninggal dunia, dan kebanyakannya berada di sekitar kubur ayah.

“Bila tengok keadaan tu, tak tahu nak kata apa. Saya terharu dan rasa nak menangis. Teringat bila ayah nak bagi makanan kat burung, rasa sedih,” ujarnya yang berasal dari Kuching.

Kejadian pelik burung asyik kerumun pusara bapa terjawab! Penjaga kubur dedah satu rahsia yang ahli keluarga arwah tak pernah tahu

Zana menyambung rutin arwah bapanya memberi makanan kepada burung-burung.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, mereka sekeluarga dikejutkan dengan satu berita yang diketahui hanya selepas bapanya meninggal dunia.

“Penjaga kubur kata ayah hari-hari ziarah kubur atuk bersendirian selepas habis kerja. Ayah tak lupa bagi makanan kat burung-burung.

“Kami terkejut… ingatkan ayah datang setiap Jumaat je, rupa-rupanya ayah datang dan ziarah kubur hampir setiap hari,” katanya sambil menambah bapanya merupakan pekerja kuari.

Kami terkejut… ingatkan ayah datang setiap Jumaat je, rupa-rupanya ayah datang dan ziarah kubur hampir setiap hari

ZANNA

Zanna berkata, dia dan keluarganya kini menyambung rutin bapanya dengan memberikan makanan kepada burung-burung di kubur.

“Kami menyambung apa yang pernah dilakukan ayah semasa hayatnya. Pada masa sama, kami juga ziarah kubur ayah dan kubur atuk,” tambahnya.

Kejadian pelik burung asyik kerumun pusara bapa terjawab! Penjaga kubur dedah satu rahsia yang ahli keluarga arwah tak pernah tahu

Kenangan… Zanna (belakang, kanan) bersama keluarga.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor itu turut menyifatkan bapanya sebagai peramah, baik hati, penyayang dan pembersih serta rajin mengemas rumah.

“Ayah pernah berpesan supaya sentiasa berbuat baik dengan orang, memaafkan orang walaupun orang tu buat jahat kat kita,” kata Zanna.

3 thoughts on “Kejadian pelik burung asyik kerumun pusara bapa terjawab! Penjaga kubur dedah satu rahsia yang ahli keluarga arwah tak pernah tahu”

  1. 122265 82675I was curious if you ever thought of changing the page layout of your website? Its very well written; I love what youve got to say. But maybe you could a little more in the way of content so people could connect with it better. Youve got an awful lot of text for only having 1 or 2 pictures. Maybe you could space it out better? 370848

  2. 25559 852950Good article. It does shed some light on the concern. By the for those interested in binary options can get an exclusive binary options bonus. 392034

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *