Semasa

Happy Naik Buaian Extreme Di Celah Gaung, Wanita Menjerit Jatuh Tali Tercabut

Setiap negara mempunyai aktiviti pelancongan ekstrem yang mampu menarik perhatian ramai pelancong ‘gilakan’ cabaran. Antara lokasi popular adalah seperti Bungee Jumping Volcano (Chile), Nevis Swing (New Zealand) dan Cable Car di Pulau Timang, Indonesia. Namun, siapa sangka pengalaman sedemikian rupa berubah menjadi mimpi buruk bagi pengunjung buaian di Rusia ini.

Jangan tengok kalau ada masalah jantung ya?

Kawasan tarikan pelancong yang terletak di Canyon Sulak terbabit mempunyai sebuah buaian besar betul-betul di tepi lereng gunung. Dalam video tersebut, kelihatan dua orang wanita excited apabila tiba giliran mereka untuk merasai pengalaman menaiki permainan berkenaan. Tanpa sebarang safety rope, pekerja yang bertugas pada ketika itu pun menghayun laju sehingga kedua-duanya riang apabila berada di ‘udara’.

Video ada di bawah sekali :

Happy Naik Buaian Extreme Di Celah Gaung, Wanita Menjerit Jatuh Tali Tercabut

Happy Naik Buaian Extreme Di Celah Gaung, Wanita Menjerit Jatuh Tali Tercabut

Besi tercabut lalu mereka jatuh ke bawah pada ketinggian 6300 kaki

Sedang seronok melihat pemandangan dan melayan angin sepoi-sepoi bahasa, tiba-tiba salah satu besi pada buaian itu tercabut lalu menyebabkan 2 wanita yang sedang menaiki buaian terjatuh ke bawah dari ketinggian 6300 kaki. Situasi berkenaan menyebabkan ramai orang menjerit panik apalagi kejadian negeri itu berlaku depan mata sendiri.

Nasib baik mendarat dengan selamat

Ibarat diberi peluang hidup kali kedua, mereka sempat mendarat di platform kayu yang berada di bawah dan hanya mengalami kecederaan ringan. Setelah tular, kawasan pelancongan berkenaan ditutup dan hasil siasatan mendapati pihak penganjur tidak mempraktikkan standard keselamatan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Happy Naik Buaian Extreme Di Celah Gaung, Wanita Menjerit Jatuh Tali Tercabut

Sumber:  NDTV dan Twitter BOSS TERNAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *