Semasa

Guna Sudu Karat Gali Terowong, 6 Tahanan Palestin Lolos Dari Penjara Israel

‘Kejayaan’ 6 tahanan Palestin yang berjaya melarikan dii dari penjara Israel merupakan satu tamparan hebat buat rejim zionis.

Mana tidaknya,  tahap kawalan keselamatan pihak penjara Gilboa yang di bawah kepimpinan Naftali Bennet itu dipercayai menjadi punca enam tahanan Palestin meloloskan diri dari penjara di utara Israel tersebut.

Menerusi laporan dari BBC, enam tahanan itu telah menggali terowong di bawah singki di dalam bilik penjara hanya menggunakan sudu karat tanpa disedari pengawai penjara.

Susulan daripada berita tersebut, rata-rata penduduk Palestin telah meraikan hal itu dengan meninggalkan pelbagai kata-kata ‘ejekan’ kepada pihak Israel diatas kelemahan sistem kawalan keselamatan mereka.

 

 

Susulan daripada insiden memalukan berkenaan, Israel bertindak memindahkan tahanan-tahanan di penjara Gilboa ke penjara lain kerana takut lebih banyak lubang yang telah berjaya dibina.

Difahamkan, lima daripada tahanan itu merupakan anggota Jihad Islam manakala seorang lagi merupakan bekas komander kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Fatah.

Pihak penjara juga mengesahkan salah seorang tahanan yang berjaya lari itu adalah bekas komander Briged al-Aqsa, Zakaria Zubeidi.

Guna Sudu Karat Gali Terowong, 6 Tahanan Palestin Lolos Dari Penjara Israel

Setakat ini, pihak Israel sedang melakukan operasi besar-besaran digerakkan di Tebing Barat untuk mengesan enam individu berkenaan.

Sumber: BBC News, Twitter @MiddleEastEyes@ibarahimsafady

9 thoughts on “Guna Sudu Karat Gali Terowong, 6 Tahanan Palestin Lolos Dari Penjara Israel”

  1. Pingback: batmanapollo.ru
  2. Pingback: 777
  3. Pingback: vxi.su
  4. Pingback: nlpvip.ru
  5. Pingback: site

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *