Semasa

Empat Dari Enam Tahanan Palestin Yang Lolos Dari Penjara Israel Ditahan Semula

Baru-baru ini, pihak Israel telah ‘dipermalukan’ susulan kejayaan enam orang tahanan Palestin yang berjaya melahirkan diri melalui terowong yang dibina di bawah singki bilik penjara hanya menggunakan sudu.

Kejayaan tersebut membuatkan banyak pihak mempertikaikan tahap keselamatan Penjara Gilboa yang dipercayai antara yang paling ‘kebal’.

Namun begitu, awal pagi tadi berita kurang enak didengar apabila dua daripada enam tahanan iaitu Yaqoub Kadri dan Mahmoud Ardah telah kembali ditahan semula.

Menerusi Twitter Iran International English, dapat dilihat mereka dibawa oleh pihak berkuasa selepas di tahan semula di Nazareth.

 

Empat sudah ditahan semulaSebentar tadi, dua lagi tahanan yang sempat melarikan diri iaitu Muhammad Ardah dan Zakaria Zabeidi turut ditahan semula dan ini menjadikan empat orang dari enam yang melarikan diri telah ditemui pihak berkuasa Israel.

Menurut media tempatan, Zakaria Zabeidi telah ditahan di kawasan berhampiran Jabal At Tur (Mount of Olives), Jerusalem  selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Empat Dari Enam Tahanan Palestin Yang Lolos Dari Penjara Israel Ditahan Semula

Terdahulu, kejadian yang berlaku pada Khamis lalu benar-benar memberi tamparan hebat kepada Zionis. Israel telah mengumumkan siasatan rasmi berhubung kesilapan atau kelalaian sehingga mengakibatkan enam warga Palestin itu berjaya meloloskan diri.

Pihak atasan Israel menuntut laporan terperinci terhadap siasatan kejadian itu. Namun demikian, media tempatan berusaha menutup kejadian yang memalukan Israel selain menghalang sebarang serangan daripada banduan.

Sumber: Twitter Iran International English, Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *