Kisah percintaan Datuk Seri Vida (DSV) dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli bukan lagi rahsia. Setiap hari ada sahaja update terkini tentang hubungan mereka yang dipercayai tidak direstui oleh anak kepada DSV.
Usahawan tersebut juga dilihat agak tertekan tiap kali memaklumkan hal tersebut dan pernah menitiskan air mata mengenangkan keberatan Cik B untk membenarkannya bernikah dengan Iqbal.
Oleh itu, menerusi perkongsian luahan dari Iqbal sendiri kepada portal Mstar, dia telah berjanji kepada Cik B untuk menjaga ibu selebriti tersebut sebaiknya.
Dia juga memaklumkan sama sekali tidak mahu sebarang harta atau kekayaan dari DSV memandangkan pemuda itu sendiri sudah memiliki segalanya.
Selain itu, Iqbal turut bersedia untuk memberi DSV nafkah sebanyak RM1 juta dan memberikan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin RM1 juta jika itu yang diminta.
Dalam pada itu, pemuda berusia 27 tahun tersebut turut mengakui pernah menjunjung al-Quran di hadapan DSV untuk menyakini bahawa dia benar-benar ikhlas untuk menjaga usahawan tersebut.
Selain itu, menerusi InstaStory Iqbal, dia telah memuat naik beberapa kenyataan bagi menutup mulut netizen yang memperlekehkannya. Jadi, apa yang dilakukan adalah untuk memberitahu bahawa dia mampu menjaga DSV dan terpaksa menayang kekayaan walaupun tidak berniat sebegitu.
Menjengah ke ruangan komen di TikTok Mstar merujuk kepada cebisan temubual bersama sumber, ramai yang mengagumi keberanian Iqbal dalam menyatakan hasrat menjadikan usahawan tersebut isteri.
Mereka juga memohon orang ramai membiarkan sahaja pasangan ini berkahwin dan tidak menjadi batu api dalam perhubungan mereka.
Sumber: Instagram Ahmadiqbalzulkefli, TikTok Mstar
http://gjgjgjgdgs.com