Perkongsian seorang pemuda yang dikenali sebagai @redduan1 di aplikasi TikTok ternyata mencuri perhatian kerana ditonton lebih empat juta kali dan menerima lebih 200,000 tanda suka.
Menerusi video berdurasi 25 saat itu, kelihatan kelibat penunggu hutan yang juga dikenali sebagai Bigfoot dapat dirakamkan ketika pemuda ini sedang berada di dalam hutan.
“Penunggu hutan gunung yang tanpa anda sedari.
“Perhatian kepada kaki hiking, pencinta hutan dan kaki pancing, makhluk ini cepat bertindak agresif,” katanya.
Selain itu, @redduan1 yang juga merupakan pemuda Orang Asli turut memberi amaran bahawa Bigfoot ini akan muncul setiap kali berlakunya hujan panas.
Oleh itu, beliau memohon agar orang ramai sentiasa berhati-hati ketika ingin menjalankan sebarang aktiviti di dalam hutan untuk mengelakkan perkara yang idak diingini berlaku.
“Menurut kepercayaan kami, masyarakat Orang Asli, makhluk ini wujud dari manusia keramat yang ghaib dalam keadaan kegilaan atau saintifik lebih dikenali sebagai Bigfoot,” ujarnya.
Ni real ke bang…?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dalam masa yang sama ada segelintir mereka mempersoalkan kewujudan dan keaslian video berkenaan.
Namun, ada juga segelintir masyarakat kita yang berpendapat kewujudan Bigfoot ini memang real terutamanya ketika hujan panas kerap berlaku.
TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:
Justeru itu, keselamatan di dalam hutan harus dititiberatkan terutamanya ketika anda melakukan aktiviti hiking dan sebagainya okay!
779570 324746hey, your internet site is exceptional. We do appreciate your work 184919
643590 1320This really is one quite fascinating post. I like the way you write and I will bookmark your weblog to my favorites. 794994
563269 99789We can have a link change arrangement among us! 422420
846994 926955Maintain all of the articles coming. I adore reading through your things. Cheers. 437300