Semasa

[VIDEO] Ibu Meninggal Akibat Keguguran, Kanak-Kanak Perempuan Ini Galas Tanggungjawab Jaga Adik Beradiknya

 

Memang tidak dinafikan, setiap manusia di muka bumi ini tidak lari daripada diuji dengan pelbagai ujian yang mendatang. Namun, kita sebagai HambaNya perlu reda dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan.

Itulah yang dilalui oleh kanak-kanak perempuan ini apabila dia menjalankan tanggungjawabnya untuk menjaga adik beradiknya walaupun umurnya masih muda.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Salwa Naidin di akaun TikTok, memaparkan kanak-kanak berkenaan kelihatan teruja selepas mendapat agihan pek daging qurban di Sabah.

Di dalam video berkenaan memaparkan, kakak sulung itu terus membuka pek daging itu untuk memanaskannya lauk. Setelah masak, kanak-kanak perempuan itu menyuapkan adik-adiknya dahulu dengan penuh kasih sayang.

Lebih menyedihkan lagi apabila mereka baru sahaja kehilangan ibu tersayang akibat keguguran. Menurut Salwa, mereka masih mempunyai ayah yang bekerja sebagai seorang nelayan dan ibu saudara yang menjaga mereka.

Video berdurasi 44 saat itu meraih lebih 23 ribu tontonan dan mendapat lebih 3 ribu tanda suka.

‘Aku menangis tengok dorang adik beradik’

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat kanak-kanak perempuan berkenaan menjaga adik beradiknya. Malah ada juga di antara mereka yang mendoakan agar mereka sekeluarga sentiasa berada dalam lindunganNya.

Sumber : Salwanaidin 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *