Remaja berusia 18 tahun ini dipenjara kerana membalas dendam terhadap seorang lelaki yang pernah merogol ibu kandungnya.
Maulud Riyanto, 18, ditahan polis pada Selasa, sehari selepas suspek menikam mangsa, Yasin Fadilla, 49.
Kejadian itu berlaku ketika Yasin baru saja keluar dari rumah menuju ke rumah jirannya. Setelah pulang, 30 meter sebelum sampai ke rumah, Yasin dihalang oleh suspek dari meneruskan perjalanan, lalu menikamnya bertubi-tubi.
Suspek pada ketika itu memakai penutup muka agar tiada sesiapa yang dapat mengenalinya. Tetapi ada penduduk yang ternampak kejadian itu terus bertindak mengejar suspek tetapi suspek berjaya meloloskan diri.
Mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah.
Kurang dari 24 jam selepas kejadian, polis berjaya menahan suspek yang bersembunyi di rumah saudaranya yang sudah tidak berpenghuni.
Sebelum ditangkap, suspek menghubungi adik kandungnya untuk meminta wang agar dia dapat melarikan diri ke Kediri. Ketika dalam perjalanan ke terminal, suspek ditahan polis.
Soal siasat mendapati suspek berbuat demikian kerana menyimpan dendam terhadap mangsa, sejak dia berusia 12 tahun di mana dia mendapat tahu ibunya pernah dirogol oleh mangsa.
“Dulu ibu saya dirogol oleh dia. Saya dengar sendiri semua itu semasa saya masih kecil. Ada penduduk yang datang ke rumah meminta perkara itu diselesaikan secara aman. Itu yang membuatkan saya berdendam sampai sekarang,” katanya.
Sementara itu, polis mengesahkan kes itu bermotifkan dendam dan dengan pengakuan suspek, polis menganggap siasatan kes itu sudah selesai dan suspek akan didakwa di mahkamah.
Siasatan juga mendapati, suspek sudah merancang untuk melakukan jenayah itu, malah menyediakan pisau untuk menikam mangsa. Senjata itu disimpan di dalam bilik suspek. Suspek juga mengaku mengintip mangsa untuk mengetahui gerak gerinya dengan meminjam motosikal daripada rakan.
“Dia mengikuti mangsa dan setelah itu, suspek pergi mengambil pisaunya di rumah dan kembali bersedia di lokasi kejadian sebelum menyerang mangsa,” kata polis.
Sumber: Tribun News
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
300381 43770Dead written topic matter, Genuinely enjoyed reading by way of . 63124
199093 906841Fantastic information several thanks sharing and reaching us your subscriber list. 722498