Ketika membeli atau menyewa rumah, setiap orang mempunyai citarasa atau kehendak yang tersendiri. Ada yang suka jika lokasi rumah berada jauh dari hiruk pikuk bandar dan ada juga yang suka jika rumah berada berhampiran dengan jalan raya.
Pun begitu, terkadang ada kejadian yang tidak diingini berlaku terutama bagi yang tinggal berhampiran dengan jalan raya.
Seperti video yang tular di Facebook ini, pagar rumah yang dimiliki oleh seorang lelaki tua dilihat sering menjadi ‘mangsa’ kemalangan yang berlaku di jalan berhampiran rumahnya.
Menerusi video itu, dapat dilihat bahawa rumahnya terletak di simpang empat sebuah jalan.
Dirakam menerusi CCTV, kemalangan telah berlaku dia antara dua kereta pada 15 Julai yang memusnahkan pagar utama rumahnya.
Seterusnya, kejadian sama berlaku sekali lagi pada 19 Julai yang lalu dan kali ini ia telah meranapkan pagar bahagian tepi rumahnya.
Mungkin kerana tiada sebarang papan tanda atau bonggol diletakkan di kawasan itu dan wujudnya dinding di kawasan itu yang menghadang pemandangan, sesetengah kereta memecut dengan laju dan tidak sedar dengan kehadiran kereta yang datang dari arah lain.
Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian itu dan berapa banyak kerugian yang ditanggung oleh pemilik rumah tersebut.
Para netizen memberikan pelbagai reaksi dan ramai yang menggesa agar papan tanda berhenti atau bonggol diletakkan di situ bagi memberi amaran kepada semua pemandu agar jangan memecut dengan laju.
TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:
Sumber: SIAKAP KELI
london jazz