SHENZEN, CHINA – Ibu bapa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anak, tetapi dua lelaki bergelar bapa ini memilih untuk bergaduh hanya kerana anak-anak mereka berebut mainan.
Insiden yang berlaku di sebuah pusat permainan kanak-kanak di pusat beli belah di Shenzen, tindakan seorang kanak-kanak yang mengambil mainan dari kanak-kanak yang lain, mencetuskan rasa tidak puas hati ibu bapa yang akhirnya menyebabkan seorang lelaki tersungkur di lantai dan beberapa kanak-kanak yang menyaksi kejadian itu berada dalam keadaan trauma.
Pada awal kejadian itu, salah seorang lelaki cuba meredakan pergaduhan itu, malangnya gagal berbuat demikian apabila ibu bapa yang lain juga turut masuk campur dengan membaling blok kayu pada lelaki berbaju merah jambu, sebelum lehernya dipaut oleh lawannya.
Tidak beberapa lama kemudian, beberapa lelaki turut bersama membantu menahan lelaki berbaju merah jambu terbabit dan insiden itu berakhir dengan dirinya tersungkur di lantai akibat cedera dibelasah sekumpulan lelaki berkenaan.
Sementara itu, dua wanita dipercayai ibu kepada anak-anak yang terlibat dalam kejadian itu juga turut bergaduh dengan menarik rambut masing-masing. Pergaduhan mereka berdua berakhir apabila lelaki berbaju hitam datang dan menumbuk wanita berkenaan lalu tersungkur ke lantai.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Difahamkan polis sedang menyiasat kes itu dan mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Sumber: The Reporter
670531 102462They call it the self-censor, basically because you are too self-conscious of your writing, too judgmental. 837066
sweet jazz music
313268 328133I love what you guys are up too. Such clever work and exposure! Keep up the very very good works guys Ive incorporated you guys to my own blogroll. 361091
176563 663693Cheapest speeches and toasts, as nicely as toasts. probably are produced building your own at the party and will be most likely to turn into witty, humorous so new even. very best man toast 235790