Insiden orang kurang siuman mengganggu ketenteraman orang awam dengan memukul pejalan kaki secara rambang bukanlah satu perkara yang asing di negara ini.
Pada hari semalam seorang pengguna Twitter telah memuat naik sebuah video pendek berdurasi 20-saat di mana ada seorang lelaki didakwa kurang siuman telah memukul orang awam secara rambang di Aeon Tebrau City, Johor Bahru.
Sebelum kejadian tersebut dirakam, lelaki itu terlebih dahulu telah menumbuk pada bahagian muka mangsa pertama secara tiba-tiba. Menurut mangsa, dia dalam perjalanan untuk menghadiri sesi temu duga pada pukul 3.00 petang.
Mangsa tidak mengalami kecederaan serius kerana sempat mengelak semasa ditumbuk lelaki itu dan pipi mangsa cuma terasa sakit sedikit, namun tiada kesan lebam atau berdarah pada bahagian pipinya.
Ciapan tersebut telah meraih perhatian ramai yang cukup bimbang tentang keselamatan mereka dan pada masa yang sama ada yang mendakwa pernah ternampak lelaki ini ditempat lain, lebih malang sekali ada juga turut pernah menjadi mangsa ‘tumbukan rambang’ lelaki tersebut.
Kat aeon tebrau mmg banyak org tak betul , hati hati siapa yg bekerja mahupun berjalan kesana
— ZJR?? (@Zakwannjr) October 30, 2021
WEH I MCM NAMPAK DIA TADIIIIII SEBAB I WENT THERE TOOOOOOO TAKUTNYA ?
— intanned (@intannuratiqahh) October 30, 2021
Omg my brother also being assaulted by this guy today. He broke my bro’s glasses and kick him. Gila ke apa dia nih?
— helsy (@Helsynelly) October 30, 2021
weh this is the guy yg nak bergaduh dengan polis waktu aku dekat hsa ritu do !
— N Z S (@Nazhurahsh) October 30, 2021
And police officer tell me that whoever got hit by him, just report so they can take more faster action to find this guy and bring this guy to either hospital(if have mental illness) or to the station.
— BestPlayerMY (@Heryzuherdho1) October 30, 2021
Baru je semalam kene gan dia dia. Abis cermin mata pecah dia pijak.
And kene tendang gan dia— BestPlayerMY (@Heryzuherdho1) October 31, 2021
VIDEO DI BAWAH:
Menurut salah seorang mangsa lain, dia meminta orang ramai yang pernah dipukul oleh lelaki kurang siuman itu untuk membuat laporan polis bagi mempercepatkan pihak berwajib mengendalikan kes tersebut.
Tambahnya lagi, pegawai polis ada menyatakan lebih banyak laporan diterima, lebih cepat operasi untuk mencari dan menangkap lelaki tersebut, kemudian lelaki itu sama ada akan dibawa ke balai polis atau hospital (jika mempunyai penyakit mental).
Pada masa yang sama orang ramai saling mengingati antara satu sama lain agar sentiasa berhati-hati serta berwaspada sekiranya terjumpa individu seperti terbabit.
[url=http://gjgjgjgdgs.com]http://gjgjgjgdgs.com[/url]