Semasa

(Video) Suami Robohkan Dapur Sendiri Sebab Tak Suka Isterinya Meminati Warna Pink

Gara-gara tidak suka dengan warna merah jambu yang mendominasi dekorasi rumah, seorang lelaki tekad ‘menghancurkan’ dapurnya sendiri.

Memetik laporan Suara, aksi lelaki itu yang gigih menghancurkan jubin dapur berwarna merah jambu itu dirakam dan dimuat naik di akaun TikTok Olinn21.

“Kenapa hancur ketika waktu aku tiada. Dia tak suka. Aku suka pink,” katanya dalam kapsyen video berkenaan.

Difahamkan, wanita bernama Olinn ini memang seorang yang sangat menggemari warna merah jambu.

Berdasarkan video-video di TikTok, boleh dikatakan hampir kesemua barangan peribadi hinggalah ke peralatan rumahnya berwarna merah jambu.

Menjengah ke ruangan komentar mengenai suaminya yang memecahkan dapur itu, rata-rata warganet bersimpati dengan nasibnya.

“Mungkin suaminya rajin di dapur. Jadi tak mahu lihat warna pink biar mood masaknya,” kata Rizk.

“Kenapa dihancurkan? Kan boleh pakai wallpaper. Dapur tu wilayah isteri. Kalau dapurnya nyaman, isteri juga akan senang, jadi semangat masaknya,” kata Thiny Setiawan.

“Suami begitu tukar baru je,” seloroh Nur Idaa.

KOMEN NETIZEN:

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: Suara / TikTok Olinn21

13 thoughts on “(Video) Suami Robohkan Dapur Sendiri Sebab Tak Suka Isterinya Meminati Warna Pink”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *