Bagi peminat mukbang Malaysia, nama Beby Tora pasti sudah tidak asing lagi didengar. Sering kali memuat naik video review makanan, ramai orang tergamak untuk memberikan kecaman terhadap cara makannya. Lebih teruk lagi, ada netizen mengaitkan tabiat pemakanannya dengan isu sukar hamil.
5 hari lalu, lelaki dikenali sebagai Apit Johari ada memuat naik sebuah video di TikTok merakamkan gelagat isterinya yang kelihatan bahagia menikmati sup gear box di sebuah kedai makan. Pun begitu, didapati ada seorang netizen telah melontarkan ayat-ayat kurang manis pada bahagian ruangan komen.
Tidak pernah ‘melatah’ setiap kali isterinya dihina namun, suami Beby Tora akhirnya memberi respon kepada individu tersebut di dalam sebuah video lain. Lelaki itu dengan tenang menyatakan bahawa dia tetap berbangga dengan isterinya kerana dia bersungguh untuk berubah ke arah lebih baik. Beby Tora juga tidak pernah merendahkan suaminya walaupun dia berduit.
Sejak dikongsikan, video tersebut telah meraih hampir 200 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang memberikan kata-kata positif kepada pasangan tersebut. Mereka juga menggunakan kesempatan ini untuk memberi teguran kepada individu yang memberikan komen negatif berkenaan agar sentiasa menjaga perasaan orang lain.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
VIDEO 2:
Sumber: TikTok Apit Johari & Instagram beby_toratora