Sejak petang tadi, tular satu rakaman video memperlihat seorang lelaki menghentak kepala seorang warga emas di sebuah stesen minyak menggunakan topi keledar.
Video yang dikongsikan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ahmad Zulfaris itu tular dan mendapat perhatian ramai susulan geram melihat tindakan biadap lelaki bermotosikal tersebut.
Menurut pengguna Facebook itu, mangsa adalah bapa kepada kenalannya dan kini sedang berada di hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di stesen minyak Shell Jalan Duta.
Melihat keruangan komen, Ahmad Zulfaris memaklumkan motosikal tersebut cuba menyelit di tempat mengisi minyak sedangkan kereta bapa kenalannya sudah memarkir di tempat itu terlebih dahulu.
Berlaku sedikit perbalahan mulut sebelum lelaki bermotosikal tersebut menghentak kepala warga emas itu menggunakan topi keledar sebelum beredar pergi.
Lelaki bermotosikal VGA183 diburu
Dalam kapysen yang disertakan, setakat ini pihak polis sudah mendapatkan info berkaitan pelaku dan sedang mengesan keberadaan lelaki berplat motosikal VGA183 itu.
Muat naik yang dilakukan oleh Ahmad Zulfaris itu telah ulang siar lebih dari 3,000 perkongsian dan rata-rata warganet berasa geram dengan tindakan biadap lelaki tersebut. Semoga pelaku yang mengakibatkan kecederaan kepada warga emas itu segera ditahan untuk membantu siasatan.
KOMEN NETIZEN:
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Sumber: Facebook Ahmad Zulfaris
69359 146507Usually I dont learn post on blogs, even so I wish to say that this write-up really pressured me to try and do it! Your writing taste has been surprised me. Thank you, quite great post. 847204
86590 892969Hello there! Do you know if they make any plugins to protect against hackers? Im kinda paranoid about losing everything Ive worked hard on. Any suggestions? 993042