Majlis perkahwinan lazimnya akan dirancang dengan penuh teliti bagi memastikan segala aturcara yang telah dirancang itu berjalan dengan lancar.
Namun lain pula ceritanya dalam satu video yang telah tular di media sosial ini apabila hari bahagia tersebut bertukar menjadi tragedi yang pastinya akan tersemat dalam ingatan pengantin serta tetamu yang hadir pada majlis tersebut.
Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok bernama @pestamoi itu memaparkan majlis perkahwinan yang dilangsungkan di dalam dewan sambil dimeriahkan dengan nyalaan bunga api.
Tidak berapa lama selepas bunga api itu dinyalakan, kemeriahan tersebut bertukar menjadi kelam kabut apabila percikan api daripada bunga api tersebut menyambar perhiasan yang terdapat di kawasan itu sehingga membuatkan apinya semakin marak.
Melihat api yang sedang marak dengan cepat, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa orang yang berada dalam majlis itu cuba berusaha untuk menyiram air ke tempat yang sedang terbakar tersebut bagi mengawal kebakaran.
Para tetamu yang hadir kelihatan tidak lari untuk menyelamatkan diri kerana mungkin masih dalam keadaan terkejut atas kejadian itu.
Namun begitu, selepas api mulai marak menyambar perhiasan lain yang berada di atas meja tetamu, barulah mereka panik dan berlari keluar meninggalkan dewan berkenaan.
Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 800 ribu kali.
ANTARA KOMEN NETIZEN:
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Sumber: indozone
231850 26628Hello there! I could have sworn Ive been to this blog before but following reading through some of the post I realized it is new to me. Anyhow, Im undoubtedly pleased I located it and Ill be book-marking and checking back regularly! 814844