Semasa

[VIDEO] Penyokong JDT Mohon Maaf Secara Terbuka, Ganti Niat ‘Nazar’ Baiki Surau

Seperti diketahui umum, seorang individu yang dipercayai merupakan penyokong pasukan bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tular di media sosial selepas perlawanan final TM Piala Malaysia pada 30 November lalu.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Ia susulan lelaki tersebut ‘mencabar’ dirinya untuk tidak berpakaian dari Kuala Lumpur hingga ke Johor sekiranya skuad KL City berjaya menumpaskan JDT dalam aksi yang berlangsung Stadium Nasional Bukit Jalil tersebut.

Gara-gara keputusan memihak kepada KL City pada malam tersebut, individu berkenaan terus diburu netizen bagi menuntut ‘janjinya’. Walau bagaimanapun, tular pula sekeping gambar memaparkan lelaki tersebut dengan kapsyen bahawa cabaran itu tidak dapat direalisasikan olehnya konon mengalami sesak nafas.

Terbaru, pengguna akaun TikTok tintedoffer2 memuat naik video permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas ‘ketelanjuran’ katanya tempoh hari.

Bukan setakat berjanji untu tidak mengulangi kesilapan tersebut, malah lelaki itu turut bernazar untuk meletakkan tinted percuma pada seluruh tingkap sebuah surau sambil berkongsi paparan mengenai gerak kerja tersebut.

[VIDEO] Penyokong JDT Mohon Maaf Secara Terbuka, Ganti Niat ‘Nazar’ Baiki Surau

[VIDEO] Penyokong JDT Mohon Maaf Secara Terbuka, Ganti Niat ‘Nazar’ Baiki Surau

[VIDEO] Penyokong JDT Mohon Maaf Secara Terbuka, Ganti Niat ‘Nazar’ Baiki Surau

[VIDEO] Penyokong JDT Mohon Maaf Secara Terbuka, Ganti Niat ‘Nazar’ Baiki Surau

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Kredit : TikTok tintedoffer2

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *