Seorang wanita di Thailand dilaporkan tekad membakar gudang minyak tempat dia bekerja di wilayah Nakhon Pathom baru-baru ini gara-gara tidak tahan dengan majikan yang selalu membuatkannya tertekan, laporĀ Daily Mail.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Satu rakaman CCTV lain pula memaparkan, beberapa kotak berisi tong minyak di sebuah rak didapati terbakar dan apinya mula membesar sedikit demi sedikit.
Kebakaran kecil itu akhirnya menjadi tragedi dahsyat apabila api marak melanda dengan ganas dan membakar keseluruhan gudang yang menyimpan ribuan tong minyak tersebut.
Tidak kurang juga, api yang marak turut merebak ke luar hingga memusnahkan lebih 10 buah rumah yang terletak berdekatan dengan gudang tersebut.
Pihak syarikat mengesahkan, anggaran jumlah kerugian keseluruhan yang direkodkan adalah mencecah RM5 juta.
Dalam pada itu, Sriya yang telah bekerja selama sembilan tahun di situ telah ditahan polis dan mengaku bersalah atas tindakannya.
Menurut polis, Sriya mendakwa dia bertindak sedemikian adalah kerana didorong oleh rasa tekanan yang ditimbulkan majikannya, Pipat Ungprapakorn, 65.
Difahamkan, Sriya kini telah ditahan reman sementara majikannya (pemilik kilang) pula dalam proses siasatan pihak polis.
TONTON VIDEO MINIT KE SATU DI BAWAH:
Sumber. Daily Mail
156729 75305Well worded post will probably be sharing this with my readers this evening 534170