Padah menyamar menjadi hantu pocong untuk menakutkan orang kampung, dua remaja lelaki ditangkap dan dihukum dan gambar-gambar kejadian turut viral di media sosial, lapor Tribun Kaltim.
BACA ARTIKEL PENUH SEHINGGA BAWAH
Lapor Tribun Jakarta, sebenarnya ada lima remaja lelaki yang terbabit dalam kejadian itu.
Dua di antaranya yang memakai kain putih, sementara tiga lagi hanya ketawa apabila melihat penduduk kampung yang ketakutan dengan pocong palsu itu.
Ketua Kampung Kelurahan Sukamaju, Arsyad berkata, kejadian itu berlaku pada jam 9 malam Jumaat lalu di Lapangan Gelora, Kelurahan Abadijaya, Sukmajaya
“Selesai saja neneknya solat Isyak, mereka terus ambil dan potong telekungnya. Alasannya kerana terpengaruh dengan video yang ditonton di media sosial,” katanya.
Kes itu bagaimanapun diselesaikan dengan baik dengan keluarga remaja terbabit kerana sekumpulan remaja itu hanya bermain tanpa berniat mahu mencederakan atau melakukan jenayah.
Walaupun begitu, mereka dihukum untuk tidur di kubur sementara menunggu kedatangan ibu bapa mereka.
Penduduk kampung berkata, tindakan itu bagi mengajar mereka tidak mengulangi perbuatan yang tidak berfaedah itu.
Sumber: Tribun News
85570 184035As I website owner I believe the content material material here is very superb, thanks for your efforts. 376471