Tindakan kanak-kanak yang bermain di jalan raya secara sesuka hati sememangnya boleh mengundang bahaya kepada pemandu lain.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Walaupun perkara ini sudah banyak kali menjadi perbahasan, namun hal tersebut agak sukar dikawal kerana ada sesetengah kanak-kanak memang sukar untuk dinasihati.
Perkara ini samalah seperti tularnya satu video yang diperoleh daripada aplikasi TikTok milik @dato69nadi77 apabila memuat naik situasi seorang kanak-kanak yang duduk di bawah treler yang sedang berhenti di lampu isyarat.
Pastinya ia sangat membahayakan kerana bila-bila sahaja kanak-kanak tersebut boleh digilis andai tersilap langkah.
Dia juga dilihat dengan selamba duduk sambil menghayun-hayun kaki dia bawah treler tanpa sedikit pun perasaan takut.
Namun, ramai juga yang mempertahankan tindakan perakam video kerana kanak-kanak tersebut merupakan masyarakat Palauh yang ramai sudah faham benar dengan gerak geri mereka di sekitar Sabah.
TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:
Ramai kata hanya orang Sabah yang faham. Kalau takut cermin kereta pecah jangan cuba2 tegur. Betul ke?? pic.twitter.com/VxTou2R2GZ
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) December 30, 2021
Sumber: TikTok @dato69nadi77