Semasa

Ryzal Ibrahim bengang disuruh buat ujian DNA, mahu saman netizen biadab?

Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim bengang apabila seorang netizen meninggalkan komen pada sebuah posting meminta dia menjalani ujian DNA terhadap anak perempuannya Rina.

Menerusi posting di InstaStory, Ryzal berkongsi tangkap layar individu tersebut yang mengatakan bahawa wajah bayi berusia tiga bulan itu tidak sama seperti personaliti tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim berkata, mungkin kurang berkesan dari segi kesedaran jika dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Dia nak popular, kita bagi peluang”

“Dia fitnah anak saya perlu buat DNA atau dalam erti kata lain, anak orang lain bukan anak saya. Tak perlu sembunyi nama, kami dapat URL profile sudah cukup untuk jejak lokasi,” tegasnya.

 

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Terdahulu, Ryzal berkahwin dengan wanita warga Korea Selatan yang dikenali sebagai Maryam pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing.

Sumber: Instagram Ryzal Ibrahim

 

22 thoughts on “Ryzal Ibrahim bengang disuruh buat ujian DNA, mahu saman netizen biadab?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *