SEORANG wanita kecewa apabila diri serta perniagaannya menjadi ma.ngsa ke.caman hanya disebabkan tindakannya memilih jejaka berasal dari Nigeria sebagai suaminya.
“Sales terus tak ada bila mereka tahu husband founder Wow Slim dari Nigeria, buat live pun cuma seorang dua sahaja yang masuk.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
“Husband susah hati sebab tunggakan makin banyak, kesian dia, dia rasa bersalah.
“Banyak yang terpaksa potong untuk teruskan perniagaan, kereta terpaksa jual, sekarang guna satu kereta sahaja.
“Kadang-kadang kesian dengan suami sebab masa perniagaan saya jatuh teruk tahun 2019 dia yang banyak bantu naikkan semula periagaan,” katanya.
Faris banyak membantu Ros menaikkan semula perniagaannya yang sebelum ini pernah terjejas.
Menerusi perkongsiannya di media sosial, mereka kini dihimpit hutang hampir RM50,000 termasuk tunggakan rumah, kereta, bayaran sewa pejabat dan utiliti.
Ros yang sudah berkahwin dengan Faris selama hampir dua tahun berkata, selain media sosial, mereka juga pernah dikec.am individu tidak dikenali yang tidak berpuas hati melihat dia berkahwin dengan orang luar.
“Kadang-kadang saya tengah jalan dekat luar pun orang Melayu kita sempat lagi nak sound sedangkan kami tak kenal pun.
“Mereka cakap kemaruk sangat dengan orang luar, nanti jadi kambing hitam baru nak men.yesal.
“Terkejut jugalah saya dengar,” katanya.
Ros bersama keluarganya.
Menceritakan mengenai perkenalannya dengan Faris, Ros berkata, dia membuat keputusan untuk menikahi suaminya itu selepas lebih kurang sebulan mengenalinya.
“Saya jenis malas nak fikir bercinta bagai, kami terus nikah je.
“Lagipun anak-anak dah besar,” katanya, sambil menambah suaminya itu seorang yang sangat bertanggungjawab malah sanggup melayani anak-anaknya seperti anaknya sendiri.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
View this post on Instagram
Video yang dikongsikan Ros di laman TikToknya sudah meraih lebih 600,000 tontonan setakat ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
smooth jazz piano instrumental
704079 111678I adore your wordpress web template, wherever would you download it from? 214040
healing music
where can i purchase zithromax online https://azithromycin.bar/ zithromax cost uk
940182 829900Some genuinely nice and helpful information on this site , besides I think the style contains amazing functions. 591035