Semasa

Anita Baharom Tak Kisah Dikecam, Perlu Keluar Bekerja Dalam Edah Demi Keluarga

Lebih sebulan sejak suaminya dijemput Ilahi pada 1 Januari lalu, Anita Baharom mengakui masih cuba untuk menyesuaikan diri bersama anak-anak tanpa tonggak keluarga. Bukan tidak reda atas dugaan tersebut, sebaliknya dia sukar melupakan kenangan bersama Allahyarham Mohd Ismadi Ismail susulan lebih 16 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Walaupun di luar tampak seperti kuat, namun realitinya Anita dan juga 3 anaknya rapuh terutama sekali pada 2 minggu pertama pemergian Allahyarham Ismadi. Dia sendiri bahkan menangis di hadapan rumah gara-gara sukar untuk membendung rasa rindu dan kesunyian. Namun begitu, hari demi hari keluarganya mampu belajar mengawal emosi serta bergurau sesama mereka.

Anita Baharom Tak Kisah Dikecam, Perlu Keluar Bekerja Dalam Edah Demi Keluarga

Sebelum pemergian itu, Anita Baharom akui tidak perasan bahawa suaminya ada tinggalkan banyak petanda sebelum menghembuskan nafas buat kali terakhir. Antaranya, termasuklah Allahyarham tidak bersetuju dengan cadangannya untuk menjual rumah kediaman mereka. Tambahnya lagi, dia juga tidak menyangka anak-anak kini turut mengalami nasib sama sepertinya yang kehilangan bapa kandung di usia 12 tahun.

Anita Baharom Tak Kisah Dikecam, Perlu Keluar Bekerja Dalam Edah Demi Keluarga

Anita Baharom Tak Kisah Dikecam, Perlu Keluar Bekerja Dalam Edah Demi Keluarga

Anita Baharom Tak Kisah Dikecam, Perlu Keluar Bekerja Dalam Edah Demi Keluarga

Dalam pada itu, dia turut menegaskan bahawa dirinya perlu keluar bekerja demi mencari pendapatan buat seisi keluarga. Justeru itu, Anita Baharom tidak mengendahkan mulut-mulut yang mengkritiknya ingkar tempoh edah. Sementara itu, anak-anaknya pula bakal dijaga oleh beberapa kawan baiknya sepanjang terlibat penggambaran.

Anita Baharom Tak Kisah Dikecam, Perlu Keluar Bekerja Dalam Edah Demi Keluarga

Anita Baharom Tak Kisah Dikecam, Perlu Keluar Bekerja Dalam Edah Demi Keluarga

Kredit : Berita Harian Online

12 thoughts on “Anita Baharom Tak Kisah Dikecam, Perlu Keluar Bekerja Dalam Edah Demi Keluarga”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *