Semasa

“Sbb kan Komen kat Tiktok kau, Ramai Maki Aku” Puteri Balqis Berang Mia Sara Burukkan Dirinya

Terbaharu, berlakunya perselisihan faham di antara pelakon muda, Puteri Balqis dan juga Mia Sara atas sebab komen yang dimuat naik di platform TikTok milik Mia.

Perselisihan faham itu bermula apabila Mia menjawab pertanyaan seorang pengguna TikTok yang bertanya kepada dirinya tentang Balqis.

Dan melihat pada ayat tersebut, Mia berkata tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama.

Jadi tidak perlu menyalahkan Balqis jika dia seperti itu.

Akan tetapi, hal tersebut disalah anggap oleh Balqis yang merasakan Mia ‘sengaja’ mengatakan perkara buruk tentang dirinya di dalam platform terbabit.

Dan mendakwa dirinya dikecam banyak pihak disebabkan komen Mia itu.

Dalam pada itu, Balqis turut berkata dia berasa sangat kecewa dengan tindakan pelakon tersebut kerana ia melibatkan ibu kesayangannya.

Aku tak pernah dibesarkan untuk cakap buruk atau maki orang lain biarpun perkara itu menyakitkan.

Sebabkan dia aku kena maki dengan ramai pihak.

Tambahannya lagi, dia sempat menasihati Mia bahawa memakai tudung itu bukanlah ‘tiket’ untuk berkata buruk tentang orang lain.

Dan tidak menyangka Mia memperlihatkan perangainya seperti itu di khalayak umum.

Nama ‘Mia Sara’ sekarang ini trendingdi platform Twitter kerana kemelut yang sedang berlaku ini.

Dan kelihatan netizen berbelah bahagi, ada yang menyebelahi Balqis, namun ada juga yang menyebelahi Mia Sara.

GeIedah ‘samp4h’,ini realiti kehidupan Puteri Balqis yg ramai tak tahu

BERTEMU empat mata dengan si gadis berusia 15 tahun bernama Puteri Balqis ini menjentik sebuah rasa yang menikam ke jiwa.

Di sebalik solekan ‘gothic’, sedikit garang sentuhan jurusolek El Manda Zuhairi, santun senyuman bersulam lentur bahasanya tetap terpuji. Jarang benar, gadis usia belasan begitu memiliki karakter sedemikian.

Benar gadis yang mesra disapa Aqish itu seorang pelakon, namun merenung jauh ke dalam dirinya, lirik matanya sahaja sudah mempamerkan satu kejujuran.

Polos, barangkali istilah nyaman menterjemahkan keperibadian Aqish, gadis yang barangkali mengelirukan ramai.

Apa sebenarnya dilalui si dara sunti itu?

Sekitar 10 tahun lalu, Aqish pernah mencipta fenomena dek persembahan lakonannya yang menyentuh rasa.

Bayangkan pada usia mentah, baru berusia empat tahun, kejujuran lakonannya mampu merobekkan dada setiap penonton.

“Sbb kan Komen kat Tiktok kau, Ramai Maki Aku” Puteri Balqis Berang Mia Sara Burukkan Dirinya

Esak tangisnya seperti bukan dipaksa-paksa, air matanya bagai tersedia untuk ditumpahkan mencairkan sebak di dada kita, ceria tawanya juga mudah menggoda untuk sama-sama bercanda gurau.

Itulah Aqish, si cilik yang satu ketika dahulu pernah memberikan hiburan buat kita semua.

PERNAH menggenggam jiwa setiap khayalak dengan bakat dan pesonanya selaku pelakon cilik, kini kemilau bintang kehidupan Puteri Balqis tidak seterang dahulu.

Tidak hairanlah pemilik nama pentas Puteri Balqis itu pernah dijulang sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 dan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014.

Sayangnya, ketika meniti zaman gemilang, namanya bagaikan kabur dari radar. Hampir dua tahun menghilang, Aqish kemudiannya dikhabarkan sedang berjuang melawan penyakit.

Sejak itu, satu per satu kisah keperitan hidup Aqish bersama ibunya yang ketika itu sudah pun bergelar ibu tunggal diberitakan.

Bertahun-tahun mengisi kehidupan terpencil di tengah ibu kota, sepanjang tempoh tersebut Aqish sebenarnya menjalani satu kehidupan yang samar-samar.

Dia terpaksa menebalkan muka, membuang jauh-jauh status seorang bintang dengan mencari rezeki di jalanan menjaja buku puisi nukilan sendiri kepada orang ramai.

“Pernah dalam sehari dua, kami terpaksa mengikat perut.

Tapi kami bersyukur kerana masih dapat meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan sukar.

“Dengan wang hasil menjual buku puisi itulah digunakan untuk saya dan ibu menjana pendapatan sepanjang dua tahun tidak berlakon,” katanya dengan nada bergetar.

Paling tidak disangka, pusat pembuangan sampah juga menjadi periuk nasi mereka untuk melestarikan apa itu yang dinamakan kehidupan.

Geledah ‘sampah’

Bahkan tanpa berselindung, Aqish yang memulakan kerjaya lakonan seawal usia empat tahun mengakui masih menggeledah tempat pembuangan sampah berhampiran kediamannya.

Hanya untuk mencari barangan terpakai atau apa sahaja yang boleh dibaiki dan dijual semula.

Sesekali, ibunya akan ke tempat pembuangan sampah berdekatan rumah untuk mencari barangan terpakai seperti perabot yang dibuang untuk dibawa pulang dan dibaiki sebelum dijual semula.

TIDAK seperti remaja lain, Aqish enggan menjadi hamba media sosial untuk menayangkan kehidupan palsunya buat tontonan orang ramai.

“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain menjual buku puisi, ibu juga bekerja di pasar pagi.

Sesekali, ibu akan ke tempat pembuangan sampah untuk mengutip perkakas rumah seperti perabot yang masih elok untuk dibaiki dan dijual semula.

“Tempat pembuangan sampah itu terletak di kawasan orang kaya. Jadi memang banyak perabot yang masih elok dibuang.

“Saya akan membantu ibu mengecat semula perabot yang dibaiki itu sebelum menjualnya semula,” katanya.

Biarpun sudah kembali aktif berlakon, Aqish bersama ibunya masih ‘melawat’ tempat pembuangan sampah bagi mencari ‘sisa rezeki’ untuk menambah pendapatan mereka.

“Kami buat bukan sekadar untuk menambah pendapatan, tapi sebab kami gembira melakukannya.

“Saya tidak malu kutip sampah sebab itulah realiti kehidupan saya sekarang.

Saya mahu orang ramai lihat apa yang kami lakukan untuk meneruskan kehidupan,” getusnya perlahan-lahan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)


Sepanjang perbualan, emosi Aqish turun naik. Saat suaranya bergumam, si ibu di sisi menjadi penguat semangat sebelum dia kembali menyambung bicara.

Bukan untuk simpati, namun itulah yang Aqish mahu sampaikan.

Dia terpisah jauh daripada imaginasi kehidupan seorang selebriti iaitu kemewahan dan kebendaan yang sering kita lihat dalam media sosial.

‘Kekayaan’

Aqish memperlihatkan sisi lain seorang selebriti. Pelakon drama Akulah Balqis itu sebelum ini cukup popular, namun hidupnya sekarang tak ubah seperti anak senja (anak jalanan).

Mereka tiada kenderaan dan hanya ke mana-mana dengan berjalan kaki atau menaiki pengangkutan awam. Itu realiti kehidupan Aqish yang sebenar.

REMAJA berusia 15 tahun ini tidak mahu kembali menjadi Aqish seperti sebelum ini yang dianggap gagal dek termakan pujian.

“Jika saya tunjuk kehidupan mewah, sentiasa gembira, itu bermakna saya sedang berselindung daripada realiti kehidupan yang sebenar.

“Saya mahu orang melihat perjalanan kehidupan yang sebenar. Tidaklah mewah seperti yang disangka ramai,” katanya penuh makna.

Bermasalah

Pun begitu, Aqish tidak menyesal terjun dalam dunia glamor walaupun terpaksa melalui hari-hari yang sukar.

Dia bersyukur, kerjaya lakonanlah yang menemukan dirinya dengan individu ikhlas untuk kekal bersamanya.

“Selepas masuk dalam industri, barulah saya tahu yang mana kawan, mana lawan. Saya sendiri sebenarnya lebih selesa bersama orang awam berbanding sentiasa berdampingan dengan rakan artis,” luahnya.

Jika bukan kerana statusnya sebagai pelakon, masyarakat mungkin tidak ambil tahu tentang kepahitan yang dilaluinya.

Bahkan jika bukan kerana status itulah, mana mungkin juga namanya tiba-tiba sahaja panas dengan kontroversi apabila dilabel netizen sebagai remaja bermasalah, terpesong dan memberontak.

BIAR apa pun yang terjadi, Aqish enggan berpisah dengan ibunya yang banyak berkorban mengerah kudrat ketika dia berjuang untuk hidup melawan penyakitnya suatu ketika dahulu.

Lebih kejam, segala tuduhan yang dilemparkan turut mengaitkan ibunya, Norashikin Mohd. Aziz, 40, yang dikecam gagal mendidik seorang anak.

Bagi Aqish, biarlah netizen bersama mulut mereka. Mengata apa sahaja tentang apa yang mereka rasakan.

“Hakikatnya, saya dan ibu sama-sama gembira dan menjalani kehidupan normal semasa berada di rumah.

“Mereka (netizen) menghakimi saya hanya dengan melihat penampilan (pakaian) dan tatu yang ada di lengan ibu.

“Saya kelihatan seperti sedang memberontak. Namun saya juga manusia yang punya hati dan perasaan.

“Saya dididik oleh ibu untuk bercakap dengan kata-kata yang indah.

Orang ramai juga tidak nampak ibu saya siang dan malam berdoa untuk seluruh alam. Berhentilah menilai kami,” kata pemilik nama lengkap Puteri Balqis Aziz itu.

Besar harapan Aqish, setiap orang di luar sana perlu berusaha menghidupkan dan menerangi hati sendiri terlebih dahulu sebelum menilai kehidupan orang lain secara luaran.

Sumber :BH / beutifuInara

296 thoughts on ““Sbb kan Komen kat Tiktok kau, Ramai Maki Aku” Puteri Balqis Berang Mia Sara Burukkan Dirinya”

  1. The Broncos were founded in 1960 as one of the original teams of the American Football League (AFL). They played their home games at Mile High Stadium until 2001, when they moved to their current stadium, Empower Field at Mile High. The Broncos joined the NFL in 1970 as part of the AFL-NFL merger. They made their first Super Bowl appearance in 1978, but lost to the Dallas Cowboys. They also lost Super Bowls in 1987, 1988, and 1990. Jul 20, 2023, 5:00 PM BY CECIL LAMMEY The 2008 season ended in a 52–21 loss at the San Diego Chargers, giving the Broncos an 8–8 record and their third straight season out of the playoffs. Mike Shanahan, the longest-tenured and most successful head coach in Broncos’ franchise history, was fired after 14 seasons.
    https://manuelrmpm798629.collectblogs.com/67831362/goodison-park
    I first got in touch with Fabrizio Romano, the world’s best-known soccer journalist, some months ago. He was working up to the climax of his reporting on the multi-billion dollar world of soccer transfers—transfer deadline day, the dramatic and chaotic last day a player can be transferred to most European clubs. This year it was READ MORE: Benfica issue Goncalo Ramos transfer update The Guardian’s deputy news editor has his finger on the pulse with some of the biggest transfer stories. Recent ones include Liverpool’s battle for Borussia Monchengladbach’s highly rated Mahmoud Dahoud, rubbishing rumours of a Chelsea exit for Baba Rahman and Chelsea snaring Michy Batshuayi. Dans l’une des sagas de transfert les plus intrigantes de l’été, l’attaquant anglais Harry Kane, âgé de 30 ans, a finalement quitté Tottenham Hotspur, mais pas pour les géants de la Premier League anglaise, Manchester United, comme beaucoup l’avaient s…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *