Semasa

(Video) Kecewa Ditinggal Kekasih, Pemuda Tekad Kurus & Terus Handsome Bak ‘Oppa’ Korea

Kekecewaan kadang kala membawa sinar baharu dalam hidup yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini dan menjadi permulaan kepada perubahan yang lebih besar.

TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH SEKALI

Itulah yang dialami oleh seorang pemuda dari Indonesia ini yang dipercayai pernah dikecewakan kerana berat badan yang berlebihan dan penampilannya.

Namun, dia kini tampil lebih bergaya dan yakin selepas berjaya menurunkan berat badannya sehingga kelihatan seperti ‘oppa’ dalam drama Korea.

Manakala, ketika tengah hari pula, Oddi berkata dia hanya memakan sayur-sayuran dan ikan saja. Seterusnya di waktu malam, dia akan memakan buah-buahan selepas melakukan senaman.

“Hindari makanan ringan, minuman bersoda, minuman beralkohol, makanan atau minuman yang manis dan terlalu masin dan makanan yang berminyak.

“Tiada yang mudah, semuanya memerlukan usaha. Konsisten dalam melakukan ini kerana ini bukan untuk orang lain tetapi untuk kepuasan dan kesihatan diri sendiri,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji penampilannya yang sangat berbeza dan turut mendapat inspirasi darinya untuk menurunkan berat badan.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: Oddi

1 thought on “(Video) Kecewa Ditinggal Kekasih, Pemuda Tekad Kurus & Terus Handsome Bak ‘Oppa’ Korea”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *