Semasa

Hanya Sempat Pergi Pejabat Agama, Bapa Pengantin Perempuan Meninggal Dunia Di Majlis Kahwin Anak – ‘Gambar Atas Pelamin Pun Tak Ada

Tak dapat dibayangkan betapa sedihnya hati seorang wanita ini apabila ayah kandung tercinta disahkan meninggal dunia di hari perkahwinannya.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan sebuah ambulans bersama beberapa pegawai kesihatan yang lengkap memakai Personal Protective Equipment (PPE) memasuki kawasan perumahan pengantin untuk memeriksa keadaan arwah.

Di luar rumah kelihatan beberapa individu yang dipercayai merupakan ahli keluarga arwah tidak dapat menahan sebak selepas menerima berita yang mengejutkan itu.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 500k tontonan dan kebanyakan netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini. Tidak kurang juga ada di antara mereka mengucapkan salam takziah serta mendoakan agar keluarga arwah diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi ujian ini.

Sumber: Chafieqah Photographer

1 thought on “Hanya Sempat Pergi Pejabat Agama, Bapa Pengantin Perempuan Meninggal Dunia Di Majlis Kahwin Anak – ‘Gambar Atas Pelamin Pun Tak Ada”

  1. 915239 770230Beneficial details. Fortunate me I discovered your web internet site by chance, and Im surprised why this twist of fate didnt happened earlier! I bookmarked it. 51245

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *