LIMA bulan menetap di Australia, usahawan sensasi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendakwa sudah berjaya menukar status jantinanya kepada perempuan.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Muhammad Sajjad atau lebih dikenali dengan nama Nur Sajat, 35, meluahkan rasa gembira apabila keiinginannya untuk diiktiraf sebagai wanita diluluskan kerajaan negara itu.
“Saya gembira semuanya sudah selesai. Saya selesa kini menjadi seorang wanita.
“Negara ini (Australia) lebih memahami gender saya,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial.
Sajat kini menetap di Australia
Banglo mewah milik Sajat yang terletak di Kota Damansara dilelong selepas dia melarikan diri
Sebelum ke sana, Sajat pernah melarikan diri ke Thailand namun ditahan oleh pihak imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.
Ketika itu Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) dan memaklumkan dia mahu berhijrah ke Australia.
Sebagai peringatan, menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dinyatakan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 bahawa pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan ataupun sebaliknya, melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak.
Malah perbuatan menukar status daripada seorang ‘mak nyah’ kepada wanita dalam MyKad setelah menjalani pembedahan yang tidak dibenarkan syarak juga adalah haram.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
View this post on Instagram
Sumber: mstar