Semasa

“Ingat dalam zoo tadi” -Remaja gaduh ramai2 jadi bahan gelak netizen

Ketika usia muda, memang emosi sukar dikawal dan cenderung untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara bergaduh.

Namun, jika tindakan tersebut menjurus kepada aktiviti yang tidak berfaedah, rasanya ia bukanlah pilihan yang bijak lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini kerana boleh mengundang penularan wabak kerana berkumpul secara beramai-ramai.

Gaduh ramai2 dah kenapa

Walau bagaimanapun, menerusi video perkongsian yang dibuat oleh @afiqqrafi_87, dapat dilihat sekumpulan remaja sedang sakan bergaduh mulut dan cuba memulakan sentuhan fizikal.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Tak hanya lelaki, gadis-gadis remaja juga galak memulakan langkah untuk melakukan serangan dengan pelbagai kata-kata kesat dapat didengar.

Perkongsian yang menjadi bahan bualan netizen di media sosial itu telah ditonton lebih daripada 1 juta viewers kurang dari 8 jam selepas ia dimuat naik.

Mesti terasa dia paling gempak ni

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON VIDEO:

https://vt.tiktok.com/ZSecGA5M8/

Walau bagaimanapu, setakat ini belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak berkenaan punca tercetusnya rusuhan para remaja tersebut.

Yang pasti, apa yang mereka lakukan adalah satu contoh tidak baik dan merosakkan imej generasi masa depan negara.

Sumber: TikTok @afiqqrafi_87

1 thought on ““Ingat dalam zoo tadi” -Remaja gaduh ramai2 jadi bahan gelak netizen”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *