Sejak semalam, tular satu video di laman Facebook memaparkan seorang wanita sedang menjual pau kepada seorang pelanggan lelaki di sebuah gerai di tepi jalan sehingga menarik perhatian warganet.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Video berdurasi 28 saat itu dipercayai dirakam oleh isteri kepada pelanggan lelaki tersebut yang sempat mengusik seolah-olah suaminya ‘terpikat’ dengan kecantikan penjual pau berkenaan.
“Cantiknya dia, astaghfirullah” – Perakam
Rakaman dimuat naik di akaun Facebook Sayangi PenangKu itu menerima sebanyak 2,200 perkongsian dan 2,400 komen netizen yang rata-rata mengakui terpegun dengan penampilan wanita tersebut.
Menerusi ruangan komen, segelintir netizen mengatakan wanita itu rupa-rupanya adalah penyanyi Bienda yang kini menjalankan perniagaan pau di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
Posting kelab peminat
Menerusi pemerhatian di laman Instagram, ternyata penyanyi berusia 37 tahun itu memiliki akaun bisnes bagi mempromosikan jualan pau buatan miliknya yang terdapat dalam pelbagai jenis perisa.
Difahamkan, penyanyi lagu Penantian itu mula berniaga sejak Disember tahun lalu dimana turut mendapat sokongan rakan artis yang membeli dalam kuantiti banyak sebelum diagihkan kepada individu sekeliling.
Berdasarkan laporan media pada 2018, Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razali bernikah dengan Kamarul Zariman Abdul Rahman pada 10 Oktober 2009 dan dipercayai dua dikurniakan dua cahaya mata.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sumber: Facebook Sayangi PenangKu , Instagram Bienda , Bienda Lovers & Papapau