Seorang wanita mengalami trauma atas pemergian bayi lelakinya dipercayai akibat terjatuh di celah katil di bilik tidur sebelum ditemukan sudah tidak bernyawa dalam kejadian kira-kira 11 hari lalu.
Kisah duka tersebut dikongsi Thira Mishu menerusi Facebook group Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) dengan memuat naik beberapa foto memaparkan pasukan forensik selain wajah anaknya berusia dua bulan itu.
Bercerita lanjut, Thira Mishu berkata dia yang bangun dari tidur mula mencari anaknya Mohd Adrayyan Zayn Amsyar di dalam rumah dan tidak menyangka mangsa sudah terjatuh di celah katil berkenaan.
“Siapa kat sini ada pengalaman anak meninggal dunia umur dua bulan jatuh celah katil, bukan tepi katil. Tapi celah katil kelamin,” soalnya kepada para ibu.
Tak terfikir anak di celah katil, tau2 muka pucat
Trauma, tak nak masuk bilik tu
Ada selimut tebal, tak sangka boleh jatuh
Kalau mahu salahkan kecuaian ibu bapa juga tiada guna, anaknya telah pergi buat selama-lamanya. Sudah menjadi asbab si kecil itu ‘pergi’ disebabkan kejadian tersebut. Salam takziah!
Sumber: Facebook group KIMM
bossa music
gangster trap