Semasa

Teman Wanita Kantoi Curang Depan Mata, Bila Call Cakap Ada Di Rumah Tolong Mak Sedia Hidangan Raya

Kesetiaan dan kejujuran antara elemen yang penting dalam mengekalkan sesebuah perhubungan itu. Bagaimanapun, jika munculnya orang ketiga ianya secara tidak langsung dapat menyebabkan perhubungan tersebut terkandas di pertengahan jalan.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Meraih lebih 1.6 juta tontonan, video pendek dikongsi seorang pemuda yang menceritakan kekasih kepada kawannya yang dipercayai berlaku curang tular di laman TikTok. Menerusi video pendek dikongsi, memaparkan seorang lelaki yang melihat lokasi teman wanitanya dan alangkah terkejutya dia apabila melihat kelibat kekasih hati berjalan bersama seorang lelaki lain di hadapan sebuah kafe.

Di hujung video tersebut, dapat dilihat riak wajah lelaki ini yang begitu kecewa dengan tindakan kekasih hatinya yang dipercayai berlaku curang di belakangya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan kepada lelaki ini supaya terus cekal dan dipermudahkan urusan dalam mencari jodoh.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: Tiktok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *