KAJANG: Gara-gara memuat naik satu hantaran yang mendakwa suaminya mempunyai hubungan sulit, seorang wanita dibelasah suspek sehingga mati, sehari sebelum sambutan Aidilfitri, di kediaman mereka di Batu 9, Cheras.
RAKAMAN VIDEO MENYENTUH HATI DI BAWAH SEKALI
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian yang berlaku di sebuah pangsapuri kira-kira jam 9.16 pagi itu,
pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Kajang yang memaklumkan seorang wanita berusia 28 tahun dibawa suaminya ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
Menurut beliau, pemeriksaan luaran mendapati terdapat kesan lebam di beberapa anggota badan mangsa dan pegawai perubatan yang juga pengadu mendapati kematian wanita tersebut mencurigakan.
Mohd Zaid menambah, mekanik itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, di sini pada Isnin depan.
Dalam pada itu, menerusi muat naik yang dibuat oleh akaun TikTok @malaysianupdatenews, beberapa bingkisan video yang diperoleh dari Facebook ahli keluarganya telah menzahirkan rasa dukacita ke atas pemergian wanita tersebut.
Beberapa rangkuman video kebersamaan mangsa dengan kenalan-kenalan telah dikongsikan dan ia membuatkan ramai sebak kerana tidak menyangka nasib ibu muda itu berakhir di tangan suaminya sendiri.
Difahamkan, suspek merupakan seorang mekanik berusia 38 tahun dan telah ditahan untuk membantu siasatan.
Antara reaksi Netizen:
“Ikutkan amarah mmg sentiasa rugi. Betul la orang ckp manusia yg paling kuat adalah org yg dapat bersabar dan menahan marah.” – Hidayati
“Bila sedap xigt malu, bila bini bkk crita kt public pndai plk malu smpai blasah bini. Pdn muka” – Ara Lavida
“tutup aib suami mmg susah, buka aib suami pun dapat susah.” – Ummu
“Lelaki seperti ini mesti dihukum Mati. Isteri cemburu memang Normal lah kalau Salah sekali pun jangan sampai memukul sehingga Mati. Ini laki dayus.” – Catherine
“Bodoh.. Sikap panas baran yg memakan diri ko sendiri.. Elok ko ke tali gantung.. Xnk bela anak org,cerai.. Bukan pukul dia.. Serah pada makayah dia balik.. Bukan ko pegi lipat dia sampai mati.. Jantan tak guna..” – Muhaimin
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Salam takziah pic.twitter.com/b74cTrlDw8
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) May 7, 2022
Sumber OMM