RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Gurauan hampir menjadi kenyataan, apabila seorang lelaki yang bergurau seakan-akan menjadi mayat kemudiannya telah tertimbus tanah di dalam sebuah liang lahad di Jakarta, Indonesia.
BERGURAU NAK JADI MAYAT, LELAKI TERTIMBUS TANAH DALAM LIANG LAHAD
Tangkap layar – Instagram @ngakaksehat
Pada mulanya, dia tersenyum kepada perakam yang merakamkan dirinya.
Tidak lama kemudian, setelah selesa berada di posisi yang dimahukan, tanah kubur di sebelah kanannya runtuh lalu menimbusnya hidup-hidup.
Lelaki itu bertuah kerana tanah yang menimbusnya tidak terlalu banyak. Dia masih mampu keluar dari timbunan itu.
Malah, video itu mendapat perhatian dan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.
“Maksudnya sudah diizinkan meninggal dunia,’’ tulis seorang netizen.
“Gurauan terakhir sebelum akhirnya dijemput malaikat,’’ komen netizen lain.
” Nasib baik tanah ckit…buat nye tertimbus hidup2 hurmm” – Ujie
“Klu ikhlas nak rasai alam kubur,apa salah nya,yg baru ni sy lihat dan baca ditanam selama 1jam” – Noraini
“Sekurang-kurangnya org yg hidup dapat makan kenduri utk doa tahlilnya…” – Zamri
TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH:
sengaja baring di kubur pic.twitter.com/newBemIgXC
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) April 30, 2022
Sumber: Kosmo