Gara-gara tersalah meletakkan pin lokasi di aplikasi pesanan, seorang wanita terkejut apabila penghantar makanan atau rider itu hilang sabar sebelum mengamuk setibanya di pejabat milik pelanggan.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Seorang pempengaruh aplikasi TikTok, Uci Luna memuat naik video kejadian dipercayai berlaku semalam dan mengakui kesilapannya yang beberapa kali terlepas panggilan telefon daripada rider tersebut.
“Tak sangka jadi kejadian gaduh macam ni, punca Uci salah pin tempat,” tulis lelaki yang memiliki lebih setengah juta pengikut itu.
Bercerita lanjut, dia sudah memohon maaf dan mahu menghulurkan lebihan tip atau upah kepada rider berkenaan namun lelaki itu dikatakan terus ‘naik angin’ dan tidak mahu memberikan kerjasama.
Menerusi rakaman berdurasi 41 saat itu, selain menendang pintu, rider terbabit turut dilihat bertindak menyepak barang yang berada di luar pejabat ketika mahu beredar keluar dari lokasi tersebut.
Video kejadian itu meraih 2.8 juta tontonan dan hampir 16,000 komen netizen dimana rata-rata berpihak kepada rider kerana setiap masa disifatkan berharga bagi mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan.
Netizen berkata, rider sudah letih berkejaran ke sana sini meredah panas serta hujan, jadi pelanggan perlu mempunyai ‘common sense’ dan sentiasa ‘alert’ ketika melakukan pesanan.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Rider mengamuk tendang barang sebab cust salah pin location ? pic.twitter.com/SnErMTpm6Z
— ViralMalaysia (@HDHKini) May 31, 2022
Sumber: TikTok @uciluna_