Semasa

Enggan Bermusuhan Dengan Balu Abam, Ali Puteh Sedia Bersemuka & Meminta Maaf

Sebelum ini, ketegangan antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali mendapat liputan ramai di media sosial.

Ketika ditemu bual, Ali berlapang dada untuk bersemuka dengan Hidayah sekaligus menyelesaikan segala kemelut yang berlaku sejak Allahyarham Abam meninggal dunia.

Saya bersedia untuk bersemuka dengannya dan menyelesaikan semuanya secara baik.

Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid dan sebagainya tanpa sebarang syarat.

KOMEN NETIZEN

Emak dah meninggal dunia. Hanya tinggal ayah saya saja. Datang la jumpa kami, dia perlukan tanda tangan dari ayah. Tuntutan faraid itu bukan kerja solo. Kalau dia datang kenapa saya nak bertekak?

Terdahulu, Allahyarham Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Pada Mei tahun sama, Hidayah memfailkan saman fitnah berhubung kenyataan Ali dalam akaun Instagram (IG) yang menggelarkan dirinya ‘berhati binatang’.

Setelah dua tahun naik turun mahkamah, mahkamah memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 pada 18 Februari lalu.

Sumber: Instagram @aliputeh_official

3 thoughts on “Enggan Bermusuhan Dengan Balu Abam, Ali Puteh Sedia Bersemuka & Meminta Maaf”

  1. 906556 963851Can I just now say that of a relief to locate somebody who truly knows what theyre speaking about online. You actually know how to bring a difficulty to light and function out it crucial. The diet need to have to see this and appreciate this side on the story. I cant believe youre no far more popular since you undoubtedly possess the gift. 655751

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *