Semasa

Influencer ‘body shaming’ pesuruhjaya sumpah diarah bayar ganti rugi. Jumlahnya Buat Ramai Terkejut

Kira-kira dua tahun yang lalu, seorang ‘influencer’ dikenali sebagai Eira Aziera atau nama sebenarnya Noorazira Pissal telah melakukan ‘body shaming’ keatas seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Suharnizan Md Sidek.

Maki dan samakan dengan haiwan

Disebabkan itu, Suharnizan Md Sidek yang juga merupakan seorang pesuruhjaya sumpah telah membuat laporan polis diatas tindakan influencer berkenaan yang membuat video dan mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menyamakan badannya dengan haiwan hanya kerana tidak berpuas hati selepas Suharnizan meninggalkan komen di live FB influencer terbabit.

“Selain itu mahkamah memutuskan bahawa Suharnizan menerusi peguamnya berjaya membuktikan tuntutannya dan selepas kesemua elemen yang berkaitan dipenuhi,” katanya.

Influencer ‘body shaming’ pesuruhjaya sumpah diarah bayar ganti rugi. Jumlahnya Buat Ramai Terkejut

Untuk rekod, pada 13 Oktober 2020, Suharnizan telah memfailkan saman dengan menuntut lebih RM2 juta terhadap Eira Aziera di Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang didakwa menghina bentuk fizikalnya atau ‘body shaming’.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Mohd Rasheed berharap kes terbabit akan menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak mengeluarkan kenyataan sesuka hati dalam media sosial.

Sumber: Harian Metro (Mary Victoria Dass), Kredit foto Harian Metro

 

1 thought on “Influencer ‘body shaming’ pesuruhjaya sumpah diarah bayar ganti rugi. Jumlahnya Buat Ramai Terkejut”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *